Assalamualaikum..
Malam-malam macam ni rasa nak cuci-cuci mata tengok barang yg berkenan di hati. Cewah! Tapi sebab malam kan, nafsu tertumpu dekat web shopping online la weh! Hahaha. Nak keluar malam memang idokk la jawapannya. So, aku nak kongsi-kongsi secara rawak la pengalaman beli online ni.
Pernah jelajah tengok web Lelong.my? Haih, seingat aku. Masa first jumpa web ni aku beli jersi. Rambang mata aku tengok jersi ni. So, try la membeli. Dan lepas buat bayaran, dalam 2-3 hari barang dah sampai. Aku macam....
"Woi ! Cepatnya dapat barang !"
Maafkan aku atas kejakunan tersebut. Maklum la first time okay. Nebes nyahh oi.. Dan bila cobaan pertama tu berjaya. Dicubanya untuk kali yang kedua. Jugak jersi, seller yang sama. Dan berjaya jugakk! Tapi aku hampa jugak, sebab dapat jersi tak sama dengan dalam gambar yang ditunjuk. Hmm? Apa yg tak sama? Yala, dalam web tu tunjuk jersi tu tangan baju tak cekak. Sekali dapat cekak. Malaysia panas tahu? Tangan panjang lah ! Macam cekak musang tu. Taktau? Taktau pergi mereput sana.
Lepas aku macam fedup sebab jersi tu tak ikut piawaian yang aku nak. So, aku macam tak percaya dah seller tu. KONON.... Tapi aku tetap beli jugak. Aku try beli barang fotografi. Seller lain pulak la. Apa nama tah benda alah tu, lens hood rasanya. Kalau salah, kisah pulak akuuu.. Pendekkan cerita. Aku berjaya dapat semua tu dengan jayanya. Tapi yg tak bestnya, balance duit aku dia tak bagi balik. RM 2. Hoi, kalau pi kedai RM 2 time tu (sebelum ada cukai GST yg puihhh), dapat satu barang okay?! Aku memang berkira walau seringgit. Kalau kumpul-kumpul boleh beli Nikon D600 okay. Hahaha. Cita-cita kena ada.
PosLaju mai rumah takyah cerita la. Kerap. Sampai aku rasa abang posman tu meluat dah tengok muka aku ja. Cemuih dah. Hahaha. Ada aku kesah? Sebab tu aku lebih suka berurusan dengan PosLaju. Sebab dia tau dah rumah aku kat mana. Tapi kalau ada posman yg baru ni, dia call jugak. Haihh.. Lemah sungguh aku bab nak jawab call ni. Faham dak, MALAS.. Nak hello Assalamualaikum pun malas.. Mesej tak boleh? Aku reply lajuuu kot.... Lebih laju dari PosLaju.. Hahahaha.
Sampai sekarang aku masih shopping online di Lelong.my . Kadang beli untuk diri sendiri. Kadang order untuk orang lain. Jangan buat main, kat situ aku dah boleh buat duit okay? Even RM 1 tetap duit. Aku kan berkira orangnyaaa..
Memang banyak web shopping online yang lain. Tapi aku rasa mudah dengan Lelong ni. Mungkin dah terbiasa gamaknya. Konsep kat Lelong macam ni. Dia ramaiiiiii ~ seller yang jual banyakkkkk~ barang yang sama atau hampir sama. So, hang yg bijak laksana laksini kena pandai la buat pilihan. Ha, pilihan bukan setakat harga saja. Hang kena pilih :
- Seller yang ramai buyer puji kepantasan dalam penghantaran dan memberi maklum balas.
- Seller yang dipercayai
- Seller yang cerita pasai barang niaga dia dengan sangat perfect bagi hang.
- Seller yang dah lama berkecimpung kat Lelong.my tu
- Seller yang banyak jual barang dan banyak pelanggan yang membeli
- Seller yang cerita seketui-seketui cara pembelian, cara pembayaran, cara penghantaran, dan cara utk hubungi mereka
- Seller yang daftar dengan SSM. Kalau tak daftar pun still ada yg bagus, hang kena pandai menilai dan pilih.
Dan kalau hang dah order, tunggu nak bayar ja. Tetiba rasanya nak tanya. Lepastu takdapat jawapan sampai kesudah. Aku nasihatkan takyah bayar. Pi cari seller lain. Senang... Cerita dia la ni, hang kena pandai buat pilihan. Faham? OK, begitulah sedikit sebanyak yang hang kena pilih masa shopping kat situ. Kalau takmau ikut, suka hati la kan. Aku bagitau ja. Jangan cakap hakak kat bagitauu. Anoyying gila hakak hakak tu. Hahahaha . Kahak kan baru tauuu ~ Tuihhh !~
Ok la. Itu saja. Aku tengah window shopping online ni. Kahkahkah!