Wednesday, February 19, 2014

Kisah pointer

Assalamualakum. Hari ni aku nak sentuh sikit pasai pointer. Dalam bulan Febuari ni saja, dah dua kali result bagi student STPM keluar. Yang first untuk Penggal 3 dan awal minggu ni untuk Ulangan Penggal 1 dan 2. So, pelbagai reaksi manusia la dapat disaksikan kat fesbuk. Kat alam nyata dan sebagainya. Ada yg dapat pointer melambung naik. Dan ada steady. Tak naik, tak turun. Dan ada juga yg turun secara menbadak buta...?!

Sesetengah individu menyalahkan pihak MPM. Sebab katanya batch 1994 ni dijadikan tikus makmal. Adik-adik 1995 dapat result semuanya gempak. Dan sikap MPM yg kurang mesra pelanggan semasa dihubungi oleh segelintir pelajar STPM ini. Dan ada juga menyalahkan diri sendiri atas sikap acuh tak acuh terhadap pelajaran ni. Memang boleh tengok banyak reaksi la. Sama la macam aku. Tapi alhamdulillah, aku tetap suka dengan pointer aku walaupun tak seberapa.

Minggu lepas, aku duk guling-guling dalam bilik sambil tunggu SMS result aku. Then aku rasa silau-silau manja gitu. Aku nampak macam buku atas meja aku. Then aku pi dekat sikit untuk pastikan apa benda yang silau tu.



Rupanya majalah Gen Q . Masha Allah . Lepas tu aku bukak la sehelai demi sehelai. Maklum saja la, baru nak baca. Then, sampai muka surat 26. Segmen Ustaz Pahrol Menjawab. Tau tajuk dia apa? Memang kena kat aku la masa tu.



Ya, memang betui. Nilai diri bukan terletak pada pointer. 

Dalam majalah ni, penuh dengan pengisian rohani. Jasmani. Intelek. Tunggu kita baca saja. Banyak info yang kita boleh manfaat dalam kehidupan harian kita. Tak mahal . Sekali keluaran dia RM 7 (SM) dan RM 9 (SS) . Sebulan sekali ja keluaran dia. Spent sikit duit dengan sikit masa ja untuk kita baca ni. Dan amalkan dalam hidup. Untuk kebaikan kita bersama jugakk. Hihi

Dapat pointer sikit tak bermakna kita dah gagal selamanya. Rezeki Allah tu luas. Allah tak pernah kedekut nak bagi. Minta la.  Usaha la. Allah suka hamba dia minta dekat dia. Tau?

Baik. Itu saja pekongsian aku untuk bacaan kamu. Ampun dipinta jika tersilap di mana-mana. Wasalam.

Tuesday, February 18, 2014

Kebiasaan

Assalamualaikum. Masuk yg ni , dah tiga entri aku post kat blog hari ni. Sebenarnya, yg dua lagi tu, ada ja dalam draf. Kihkih. Aku cuma nak bagi pendapat aku saja pasai kebiasaan orang kita ni.


Cerita ni aku amik dekat FB. First kita baca yang "Anak tak siap kerja sekolah, bapa buat laporan polis dakwa guru rotan" . Apa yang mai dalam otak ni? "Anak tak siap homework memang la kena rotan. Yg buat laporan tu dah kenapa." "Tu la makpak zaman la ni. Manja sangat la anak tu." "Balik2 cikgu jugak la yang salah, padahal anak dia tak siap kerja" dan banyak lagi laaa dalam kepala kita tu. Baru tajuk yg kita baca. Bukannya cerita lagi. Itu pun dah banyak spekulasi yg kebiasaan orang kita buat. Aku bukan nak cerita panjang pasai budak ni. Aku cuma nak kata yang orang kita ni cepat sangat buat andaian. Sampai yang ditindas tu terus menerus ditindas tanpa pembelaan. Bapak budak ni jumpa guru besar. Tapi tak dilayan. Aku bukan nak pertikai kredibiliti guru besar atau sapa-sapa. Tapi mana sifat toleransi. Duk bincang elok-elok. Kalau budak tu salah, bagitau pak dia elok-elok. Dan dengar apa pak dia nak kata. Pakat la baik-baik. Dan ada jugak statement dalam mesej tu kata "kes ni berlaku 15 January..semua buat x nmpk sbb dy cuma rakyat biasa.." Takkan la nak tunggu jadi anak menteri baru dapat liputan meluas? Tapi kalau anak menteri, mana cikgu boleh sentuh. Kuikui. Yala, pakat mengaji luar negara cek oi.

Fakta media massa paling penting. Tau pasai apa? Orang la rajin dah dengaq berita. Baca berita. Depa judge dengan apa yg depa baca dan dengaq. Yg sebenaq nya depa taktau punca. Media jangan la tokok tambah/ reka cerita. Siasat dulu, tak salah. Baru tulis. Aku faham, cerita kena menarik. Baru ramai tertarik. Tapi jangan sampai menimbulkan fitnah, tuhan marah. Aku tak sebelah mana-mana individu. Cuma apa yg aku nak bagitau yang kita ni baharu. Sentiasa buat salah. Bila dah sedar salah, minta maaf pada pihak yg sepatutnya. Taubat.. Jangan buat lagi. Aku pun nak minta maaf jugak kalau ada silap dalam post ni.

Baik.. Terima kasih.. Wasalam.

Saturday, February 1, 2014

Update !





Saya anak kelahiran Kedah. Sang Kenari  Helang Merah. Yeay! 
Ops, maaf. Assalamualaikum pembaca budiman. Dekat setahun tak update ni. Aku taktau pasai apa. Macam busy sangat ja kerja tanam anggur ni. Pendapatan harian pun, boleh la nak tampung perut ni. 
Act, aku tadak idea