Wednesday, February 19, 2014

Kisah pointer

Assalamualakum. Hari ni aku nak sentuh sikit pasai pointer. Dalam bulan Febuari ni saja, dah dua kali result bagi student STPM keluar. Yang first untuk Penggal 3 dan awal minggu ni untuk Ulangan Penggal 1 dan 2. So, pelbagai reaksi manusia la dapat disaksikan kat fesbuk. Kat alam nyata dan sebagainya. Ada yg dapat pointer melambung naik. Dan ada steady. Tak naik, tak turun. Dan ada juga yg turun secara menbadak buta...?!

Sesetengah individu menyalahkan pihak MPM. Sebab katanya batch 1994 ni dijadikan tikus makmal. Adik-adik 1995 dapat result semuanya gempak. Dan sikap MPM yg kurang mesra pelanggan semasa dihubungi oleh segelintir pelajar STPM ini. Dan ada juga menyalahkan diri sendiri atas sikap acuh tak acuh terhadap pelajaran ni. Memang boleh tengok banyak reaksi la. Sama la macam aku. Tapi alhamdulillah, aku tetap suka dengan pointer aku walaupun tak seberapa.

Minggu lepas, aku duk guling-guling dalam bilik sambil tunggu SMS result aku. Then aku rasa silau-silau manja gitu. Aku nampak macam buku atas meja aku. Then aku pi dekat sikit untuk pastikan apa benda yang silau tu.



Rupanya majalah Gen Q . Masha Allah . Lepas tu aku bukak la sehelai demi sehelai. Maklum saja la, baru nak baca. Then, sampai muka surat 26. Segmen Ustaz Pahrol Menjawab. Tau tajuk dia apa? Memang kena kat aku la masa tu.



Ya, memang betui. Nilai diri bukan terletak pada pointer. 

Dalam majalah ni, penuh dengan pengisian rohani. Jasmani. Intelek. Tunggu kita baca saja. Banyak info yang kita boleh manfaat dalam kehidupan harian kita. Tak mahal . Sekali keluaran dia RM 7 (SM) dan RM 9 (SS) . Sebulan sekali ja keluaran dia. Spent sikit duit dengan sikit masa ja untuk kita baca ni. Dan amalkan dalam hidup. Untuk kebaikan kita bersama jugakk. Hihi

Dapat pointer sikit tak bermakna kita dah gagal selamanya. Rezeki Allah tu luas. Allah tak pernah kedekut nak bagi. Minta la.  Usaha la. Allah suka hamba dia minta dekat dia. Tau?

Baik. Itu saja pekongsian aku untuk bacaan kamu. Ampun dipinta jika tersilap di mana-mana. Wasalam.

2 comments: