Sunday, November 16, 2014

POPular

Assalamualaikum...

Sapa tak kenai kedai buku POPULAR kan? Boleh dikatakan semua tau kedai buku ni.. Tak dapat dinafikan POPULAR memang famous dengan banyaknya buku dari A-Z.. Nak jenis apa, cakap saja.. InsyaAllah ada.. 

Aku suka pi kedai POPULAR ni sebab dia banyakkkkk sangat buku komik/majalah dan bahan bacaan yang menepati cita rasa aku sebagai pembaca.. Aku kalau dah masuk kedai tu, tempat pertama dituju.......... KOMIK
Apa? Salah? Dak kan?.... Mungkin boleh tengok kat post sebelum ni.. Nampak apa yang aku beli? Aku memang tak boleh tahan diri daripada membeli komik.. Simpati atas masalah diri ini.. Lagi satu yang aku suka, banyak betuiii alat tulis diaa.. Pinauu mata aku.. Walaupun aku tak guna sangat.. Tapi aku jenih takleh tengok barang comei sangat. Nak beli ja kejanya..

Tapi, setiap apa yang ada kat muka bumi ni pasti punya kelemahan.. YA! POPULAR pun sama.. Bukan pasal tak cukup stok buku/pensil atau peralatan yang dijual.. Tapi aku kurang puas hati dua benda ja pasai POPULAR ni..

1. Segelintir pekerja yang belagak/sombong/muka nak telan orang

Serious.. Aku kalau nak pi POPULAR ni, tak lain aku pikir pasai pekerja depa.. Time nak pilih barang tu semangat waja membakar di jiwa.. Tapi bila nak pi bayaq tuu.. Perut mula memulas.. Dia mula la nak jadi.. Selalunya yang wanita la.. Yang rasa dia dah hebat nak buat muka palat kelat dia kat aku.. Ingat aku nak sangat tengok ka?? Segak memang segak.. Kalau hang mesra pelanggan sikit, aku bagi A dah.. Tapi hang duk tunjuk muka macam tu, aku gagah bagi E walaupun hang cantik.. Aku marah ni.. Tapi aku tak salahkan POPULAR sangat sebab dapat pekerja macam tu.. Itu bergantung pada diri dia.. Sejak azali memang macam tu.. Apa boleh buat.. Aku kata macamtu sebab ada pekerja kat kedai buku lagi satu.. Ya rabbi.. Suka betoii berurusan dengan dia.. Maneh dengan senyuman.. Cakap pun lembut.. Siap terang kat kita elok-elok diskaun yang depa bagi.. Aku rasa ada yang dah boleh tau kot.. HEHE

2. Kad ahli yang menyakitkan hati 

Sangat sakit hati bila bayar untuk kad tahunan tapi tak dapat sampai sekarang.. Taktau alamat? Atau tak pos? Takboleh call untuk kepastian alamat kalau tak faham apa yang ditulis? Atau kena pi tuntut?? Atau aku yang ketinggalan zaman? Aku bukan nak kisah pasai harga yang kena bayaq tu.. Tapi, fokus la sikit.. Bertanggungjawab la sikit.. Mesra pelanggan la sikit.. Semua pun sikit-sikitt.. Hehehe..

Kad POPULAR perlu diperbaharui bila dah tamat tempoh.. 

Kita akan dapat kad sementara sebelum dapat kad baru bila kita dah buat POPULAR CARD.

Mungkin ada yang tau, ada yang taktau kewujudan Pustaka Union.. Jangan tengok nama tak famous.. Tapi tengok kelebihan yang kita dapat.. Bila nak daftar buat kad ni.. Hanya RM 5/SEUMUR HIDUP.. Book store dia tak banyak macam POPULAR tapi boleh bagi potongan harga sangat banyak untuk pelbagai jenis buku.. Ya, sungguh jimat kalau berbelanja kat sini.. Aku sungguh sukaa yang murah-murah ni.. HAHAHA!

Pada rasional aku, POPULAR kena buat macam ni jugak.. Untung banyak kot. Store depa bukan 10 kat Malaysia ni. Banyakkk !! So, nak untung melalui kad pulak?? Ok la, strategi marketing tu kena ada kann.. Ikut anda laa macam mana pun.. Mahai ka murah ka, POPULAR tetap menjadi pilihan pengguna.. Tapi, aku nak pekerja yang macam kakak cashier Pustaka Union City Plaza pleaseee.. HAHAHA! 

Saya sayang MALAYSIA..

p/s : Ada book store dekat KEDAH yang dimiliki orang MELAYU.. HASANI
     nama kedai tu.. Ada kat Jitra, Alor Setar, Kulim, Sungai Petani.. Itu
     ja yang aku tau.. Kalau ada lagi, tolong share.. Sebab bukan ahli pun
     dapat diskaun okayyy.. Pasti berbaloi.. Sokong orang MELAYU .. 

No comments:

Post a Comment