Assalamualaikum..
Aku dapat rasa jari jemari ni nak lagi taip. So, ni post aku yang kedua untuk harini.. Untuk sapa yang dah muak baca. Sila tutup.. Aku sebagai owner tak memaksa mana-mana individu untuk membaca.. Kalau rela, silalah.. Kalau terpaksa, tutuplah..
**************************************************
Aku mula secara rasmi bersekolah pada tahun 2000.. PraSekolah Sekolah Kebangsaan Matang Paku.. Kemudian aku terus melanjutkan pengajian ke peringkat Darjah 1 hingga Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Matang Paku.. I love SKMP so much.. Banyak.. Banyak sangat memori suka, duka, bengong, bangang, bodo, lawak, boih (nakal) kat situ. BANYAK.... Mungkin sebab sekolah aku tak ramai.. Pelajar dalam seratus lebih sahaja. Ya, hanya 100+++ saja.. Sebab tu kami boleh kenal dari student Darjah 1 sampai 6.. Siap boleh tau duduk mana. Ayah/mak dia yang mana.. Penyebok kan? Hahaha.. Dan mungkin masa sekolah rendah, bila dah masuk Darjah 6. Kami rasa dah besar dan boleh jadi kepala untuk adik-adik bawah kami tunduk hormat sebab tu banyak memori tuu.. Yalah, bila masuk sekolah menengah.. Banyak sangat keganasan kiri dan kanan. Tak kira lagi geng yang jenis tunggu tepi koridor duk pewit-pewit kawan aku.. Sampai nak pi tandas pun rasa diperhatikan.. Susah la bekawan dengan orang cantik/lawa.. Haihh..
Bila masuk sekolah menengah.. Aku pilih Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam.. Walau ada cikgu sekolah rendah aku kata takpayah lah.. Macam-macam kes lah.. Tapi aku nak jugakk.. Mungkin sebab dekat.. Mungkin sebab senang abah aku nak hantar aku.. Mungkin sebab kak aku pun ada di situ. Aku pun confius lagi kenapa.. Dan bila dah masuk.. Yeah.. Minggu orentasi.. Aku macam kena kejutan budaya. Dah terbiasa dengan keadaan sekeliling yang sederhana.. Tak ramai student.. Tapi bila masuk menengah.. Ya rabbi.. Rasa..... Teruja sedikit, takut banyak..
Teruja : -Sebab bau beg/baju/pensil case/kasut masihh baru.
-Sebab nak mula belajar dengan suasana baru.
-Sebab koperasi dia lagi banyak barang. HAHAHA!
-Sebab Form1 sesi petang. Boleh bangun lambat.
Takut : -Cikgu marah. Muka garang semuanya..
-Senior jenis tengok macam nak telan.
-Kena hadap kawan-kawan yang jenis mengata belakang..
-Aku bukan jenis begaya. Selekeh. Itu aku. Nanti takdak sapa nak
kawan..
-Kena tegur kawan-kawan baru. (Sejujurnya aku tak pandai
memulakan perbualan dalam suasana baru)
-Kena berasak-asak masa rehat kat kantin. Senior akan mai potong
line sebab depa rasa berkuasa waktu tu. (Sungguh aku tak suka)
-Sebab ada sekelompok yang suka dok sakat menyakat. Tah hape
laa perangainyee punn
-Berpisah dengan kawan sekolah rendah. Sedih sungguh.
Banyakkk lagii ketakutan yang aku alami. HAHAHA ! Tapi, bila dah masuk Tingkatan 6.. Aku dapat rasakan dunia Tingkatan 6 sangat asing dengan Tingkatan 1-5 walaupun dalam satu institusi.. Kami ada bangunan sendiri.. Toilet sendiri.. Ya, toilet sendiri memang penting sebab insya allah tak ada kes letak pad bulanan atas flush tanpa basuh.. Kurang kes takda air.. Toilet pun tak berkunci.. Masa Tingkatan 4/5, aku ingat lagi bila nak guna jamban, kena kawad satu sekolah cari cikgu untuk mintak kunci.. Penat tu tak payah cerita.. Boleh hilang rasa nak membuang.. Semua ni sebab kes toilet selalu kotor, paip rosak, pad tinggai sesuka hati..
Bila masuk Tingkatan 6, rasa selesa sikit la kot sebab student tak beribu.. Hanya satu blok bangunan saja.. Boleh kenai la kawan-kawan satu tingkatan. Boleh hai sana sini.. Boleh share/study sesama.. Sangat okay la.. Yang tak kenai boleh kenai.. Yang dulu kelas sebelah menyebelah langsung tak tegur, time Tingkatan 6 dah boleh tengok cerita Korea sekali. HAHAHA! Yaaa!! Izzati, awaklahh tuu.. Bila Tingkatan 6 ni, rasa kekeluargaan tu kuat sikit.. Sungguh aku rindu tempat duduk aku dalam kelas.. Rindu nak baca 200x time Sejarah.. Rindu nak kacau jiran belakang aku. Rindu nak tengok geng main bingo.. Rindu Kiera yang serious buat kerja.. Rindu Mimi dengan semangat wajanya. Rindu panie dengan loghat "adibiaq" nya. Hahaha! I miss you all. Ok, aku tak rindu Mazni dengan Mida.. Kahkahkah ! Muah cikedd.

No comments:
Post a Comment