Monday, February 1, 2016

JJCM@AdibahSalleh - Classic Train Cafe

Assalamualaikum.

Aku masih dalam mood utk buat review pasal tempat makan yang aku dah try. OK, kali ni aku nak cerita pasal cafe berkonsepkan kereta api. Train. Dekat Jitra. Ya, di Jitra sahaja. 

JJCM@AdibahSalleh - Classic Train Cafe

Classic Train Cafe terletak di Jitra dua. Dekat Kedai Buku Hasani. Taktau kedai buku tu? Okay, kawasan Bank Rakyat. Cafe ni satu line dengan Avon, Kedai Kain 1Malaysia. Situ situ la.. Pi saja kat kawasan tu, in shaa Allah jumpa. 

Waktu operasi : 10 pagi-12 malam (sumber FB)

Menu dipesan : Chicken chop (wajib), Classic Train Crab Burger, Green Tea, Coconut Shake

Chicken chop (RM12.90/set) 7**

Kat mana yang ada menu ni, wajib aku order. Nak juga rasa. Sedap, yang penting ayam dia masak. Hahaha. Sos lada hitam dia pun sedap. Tak pedas sangat. Cukup rasa. Terbaik!




Classic Train Crab Burger (RM10.90/set) 6**

Disebabkan nak try burger ketam, so aku order la. Rasa dia macam burger yang lain. Ada keju ditengah. Yang lain nya adalah jejari ketam sebagai daging tengah. Kepada yang nak try, boleh la try.




Green Tea -Ice- (RM5.90/pcs) 8**

Seperti chicken chop. Yang mana ada menu green tea, pastinya aku order. Rasa green tea, susu sangat sedap. Tapi tang manis tuu. Melecaihh orang Kedah kata. Hahaha. Sedap memang sedap! Cuba jangan tak cuba! Dia ada yang panas. Harga dia kurang sikit pada yang sejuk.




Coconut Shake (RM5.90/pcs) 8**

Lama dah nak try rasa coconut shake shake shake ni. Tapi, jarang ada jodoh. Hahaha. Sedap, mak aku kata terasa ayaq nyioq dia. Lepas dua puluh minit, mak aku kata hilang dah rasa ayaq nyioq, ais banyak. Hahahaha. Okay la tu, takla manis sangat. Dia ada dua set, satu normal, satu lagi big . Aku order yang normal sahaja.


Nama pun Train Cafe, musti la kena try duduk dalam kabin train. Hahaha. Caj RM2. Selesa, ada aircon. Ada muzik sikit. Panas-panas macam ni selesa la duduk dalam tu. Pi try pi try baru tau macam mana.





Selamat mencuba!

JJCM@AdibahSalleh - HLM Authentic BoatNoodle

Assalamualaikum.

Beberapa minggu yang lepas, aku berkesempatan keluar menikmati angin Alor Setar dengan kawan-kawan yang.. Emm...... Okay.. Mari teruskan. Sempat la jugak kami singgah makan dekat HLM Authentic BoatNoodle dekat Alor Setar. So, aku bagi sikit pandangan/pendapat/komen kat sini..

HLM Authentic BoatNoodle

HLM Authentic BoatNoodle terletak berhadapan dengan STAR (Sekolah Tunku Abdul Rahman). Mudah saja. Tapi kedainya berada di tingkat atas. Tingkat bawah ada cafe Big Galley (tempat seterusnya, In shaa Allah)

Waktu operasi : (Tak pasti, tapi aku pi time petang dia dah buka. Rasanya tengah hari dah buka)

Menu dipesan : Boat Noodle (Ayam & Daging), Daging Bakar, Kuih Pelita. 

Boat Noodle (RM1.90/mangkuk) 8**

Sedap. Kuah dia lain sikit. Biasa la Thai Food kan. Kami makan sorang 3 mangkuk. Mangkuk betul! Hahaha. Nak order banyak tak cukup ruang meja. Secara pukul rata aku boleh cakap, SEDAP. Sebab aku tak memilih sangat. 

Daging Bakar (RM5.00/set) 8.5**

Haa, yang ni superb! Daging dia aku suka. Sedap, tak liat! Rasa perapan dia. Cicah pulak dengan sos yang nampak saja biasa. Tapi kombinasi dia best! Kena try daging bakar dia. Mahal sikit takpa, janji puas hati.

Kuih Pelita (RM1.00/2pcs) 7**

Hahaha, ni bukan masalah jakun tak pernah makan kuih pelita. Tapi dia tulis dalam menu nama Siam. Kawan aku kurius gila nak tau benda apa. So, order la. So, sedap jugak walaupun tak letak dalam daun pandan. Sedap. Murah ja, cuba laa

Konsep kedai ni, dalam butik. Masa aku pi tu gelap sikit la. Atau mungkin konsep dia begitu, atau aku yang kelam mata masatu. Maafkan pelanggan anda yang rabun ini. Tapi masih boleh khusyuk makan. Hahaha. So, sesiapa nak cuba, boleh pi cuba. 

Kebersihan - 8/10 bintang (kedai bersih, masuk kena buka kasut)


cc : Mazni, Asmida


cc : Mazni, Asmida


cc : Mazni, Asmida

Selamat mencuba !

Update : Ada cawangan di Jitra. Berhadapan dengan sekolah Jenan (SMSAH- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim)