Monday, February 1, 2016

JJCM@AdibahSalleh - Classic Train Cafe

Assalamualaikum.

Aku masih dalam mood utk buat review pasal tempat makan yang aku dah try. OK, kali ni aku nak cerita pasal cafe berkonsepkan kereta api. Train. Dekat Jitra. Ya, di Jitra sahaja. 

JJCM@AdibahSalleh - Classic Train Cafe

Classic Train Cafe terletak di Jitra dua. Dekat Kedai Buku Hasani. Taktau kedai buku tu? Okay, kawasan Bank Rakyat. Cafe ni satu line dengan Avon, Kedai Kain 1Malaysia. Situ situ la.. Pi saja kat kawasan tu, in shaa Allah jumpa. 

Waktu operasi : 10 pagi-12 malam (sumber FB)

Menu dipesan : Chicken chop (wajib), Classic Train Crab Burger, Green Tea, Coconut Shake

Chicken chop (RM12.90/set) 7**

Kat mana yang ada menu ni, wajib aku order. Nak juga rasa. Sedap, yang penting ayam dia masak. Hahaha. Sos lada hitam dia pun sedap. Tak pedas sangat. Cukup rasa. Terbaik!




Classic Train Crab Burger (RM10.90/set) 6**

Disebabkan nak try burger ketam, so aku order la. Rasa dia macam burger yang lain. Ada keju ditengah. Yang lain nya adalah jejari ketam sebagai daging tengah. Kepada yang nak try, boleh la try.




Green Tea -Ice- (RM5.90/pcs) 8**

Seperti chicken chop. Yang mana ada menu green tea, pastinya aku order. Rasa green tea, susu sangat sedap. Tapi tang manis tuu. Melecaihh orang Kedah kata. Hahaha. Sedap memang sedap! Cuba jangan tak cuba! Dia ada yang panas. Harga dia kurang sikit pada yang sejuk.




Coconut Shake (RM5.90/pcs) 8**

Lama dah nak try rasa coconut shake shake shake ni. Tapi, jarang ada jodoh. Hahaha. Sedap, mak aku kata terasa ayaq nyioq dia. Lepas dua puluh minit, mak aku kata hilang dah rasa ayaq nyioq, ais banyak. Hahahaha. Okay la tu, takla manis sangat. Dia ada dua set, satu normal, satu lagi big . Aku order yang normal sahaja.


Nama pun Train Cafe, musti la kena try duduk dalam kabin train. Hahaha. Caj RM2. Selesa, ada aircon. Ada muzik sikit. Panas-panas macam ni selesa la duduk dalam tu. Pi try pi try baru tau macam mana.





Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment