Thursday, November 27, 2014

TIPS : NAK JADI BLOGGER ? - BASIC

Assalamualaikum..

Untuk menjadikan anda seorang blogger, 10 perkara asas yang patut dan wajib anda buat ataupun tahu ialah (pendapat aku) :

1. Semestinya anda kena ada email untuk buat blog ! 

2. Cipta nama blog yang ringkas dan mudah untuk pembaca ingat URL anda

3. Timbulkan idea untuk menghias blog anda dengan ciri-ciri yang simple tapi menarik !

4. Jangan terlalu banyak aksesori (gadget) hingga 30 minit baru boleh baca post anda ! Aku faham sifat keterujaan semasa first time ada blog. Cuma, nanti pembaca akan fedup bila loading terlalu lama.

5. Jauhi sikap penulisan "alien". Kalau anda mampu, guna bahasa yang mudah difahami atau tulis sahaja penuh untuk setiap perkataan. Ruang besar. Jangan risau. 

6. Elakkan menukar URL sebulan 4x atau lebih. 

7. Tajuk setiap entri anda perlu menarik malahan penulisan anda perlu lebih vogue gitew

8. Jangan copy paste hak orang ! Tolong letak nama dia/link blog kalau nak buat rujukan. Please?..

9. Jangan segan untuk melawat blog yang lain. 

10. Disarankan agar anda menjadi seorang blogger yang berfikiran terbuka apabila menerima teguran.

11. Elakkan menjadi seorang pemalas update blog sebab sekarang dah banyak sangat blog "kosong" tumbuh selepas hujan teknologi. 


Okay.. Dah cukup 10+1 tips asas nak jadi blogger.. Semoga anda menjadi blogger yang hebat mengalahkan aku T_T 



No comments:

Post a Comment