Assalamualaikum..
Sekarang ni zaman dah banyak barang yang kita boleh beli online ja. Tak payah susah-susah tunggang tebalik pi kedai semata-mata nak beli jeruk. HAHAHA! Semua dah online ja sekarang ni.. " Dengan Hanya Satu Klik " .. Betul la tu.. Pastikan duit ada saja dalam bank.. Online transfer.. Visa.. CDM.. Credit Card.. Semua boleh guna untuk bayar.. Senang hidup sekarang ni..
Tapi, bukan tu yang aku nak cerita.. Aku nak cerita pasai PM, PM.. Bukan Perdana Menteri.. Kena saman satgi.. HAHA! Personal message.. Kat Facebook.. Kerap jadi benda ni.. Kadang-kadang sampai satu tahap pemikiran aku macam " La, tak paham bahasa ka tak reti baca .. " Rasa macam terpaksa jugak kata. Tapi dalam hati ja.. Kihkih! Benda ni kerap sangat jadi.. Aku pun tak faham apa masalah masyarakat ni.. Baca la seller tu tulis apa.. Bagi faham.. Ni dak, baca setengah dah gelabah komen " Pm " .. Haihh..
Aku rasa Facebook kena ada setting untuk besarkan perkataan dan letak kaler sikit bagi nampak haa.. " SILA PM KAMI SEBAB KAMI TAKBOLEH PM ANDA "
Kadang-kadang aku kesian kat seller yang terpaksa bagitau satu per satu kat insan tu tapi ada jugak yang bakal buat benda yang sama.. Penat tau ?? Secara rasionalnya, aku rasa mereka yang pm pm pm ni tak baca habih message yang seller tu sampaikan.. So, jadilah benda yang remeh tapi kerap berlaku ni..
"Kesabaran amat diperlukan dalam perniagaan atau apa jua yang diceburi"
No comments:
Post a Comment