Thursday, December 11, 2014

Nak beli buku, tapi takda masa !!

Assalamualaikum..

" Nakk !! Nak beli buku tu ! Buku ni ! Dan buku itu ini ! Tapi takdak masa.. Macam mana niii !!? "

Jangan risau. PTS PUBLICATIONS AND DISTTRIBUTORS SDN BHD ada penyelesaiannya !! Tak percaya?? Aku adalah bukti.. 

************************************************
Sejak dua menjak ni, dunia pembacaan aku kecoh dengan terbitnya mentari buku yang berjudul CATATAN MATLUTHFI.. Ya, hot selling hokayy.. Kena preorder lagi haa.. Dah masuk 3 kali cetakan.. Tak sampai setahun.. So, aku pada mulanya malas lagi nak beli sebab hati kecilku 
" Alahh, nanti beli la kat kedai buku mana-mana "
So, untuk beberapa cetakan awal aku buat taktau ja.. Tapi, minggu lepas PTS update kat FB bagitau ada preorder untuk cetakan ketiga. Aku dengan jujurnya takmau beli pun lagi.. Tapi, saja la kann klik-klik nak tengok harga macam mana.. Konon-konon nak survey harga la. CHOI !! 
Bila klik sana, klik sini tiba-tiba TERklik "add to cart" . Aku dah macam
" Apa benda niiii !! Ish, betoi ka aku buat ni "
Alah, padahal baru add to cart. Bukan placed order lagi punn. Duk buat beruk teruk la.. So, aku macam redo sekejap kat situ dan teruskan menekan add to cart. KAHKAH! Yea, mesti la aku beli komik. KOMIK-M pasti menarik! 
Aku mneneruskan misi " Add to cart " .. Then bila check buku ada dalam 14 buah.. Hokayy la kan?.. Bila scroll ke bawah.. 
" What ??! RM1**.** Mak aihh ! Kena tambah lagi ni ! "  
Ktipu.. 14 buah dan dapat potongan harga. Kalau takdapat.. Mesti lagi telentang haku nak membayoo.. Bila dah settle bab order, aku pun terus ke bab ke 2.. Pembayaran .. Aku bank in/ transfer guna MAYBANK saja.. Sapa boleh buat bayaran online, lagi mudahh !! Lepas dah selesai, aku emelkan resit tu sebagai bukti pembayaran kat PTS.. Preorder buku Catatan Matluthfi katanya akan masuk 11 Dis dan akan dihantar kepada pembeli 12 Dis.. Aku okayy ja.. Bila dah siap semua.. Emel akan dapat ye anak-anak.. Bolehlah print invois yg diberikan untuk rujukan nanti kalau ada masalah. Takmau print pun, suka hati la kann.. Aku dah terbiasa dengan tabiat tu..

Bila dah siap semua preorder tu.. Aku pun teruskan hari-hari aku seperti biasa.. Pergi kenduri.. Keluar beli barang tanpa ada rasa gelisah bila barang nak sampai sebab dah bagitau 12 Dis akan di hantar. So, 9 Dis aku dah janji dengan mum nak bawak dia pi rumah pak sedara.. Bila balik ja petang tu, aku macam
" Eh? Buku dah sampai? Cepatnya?! "
Cepattt betulll !! 

Kalau guna pos biasa, free untuk pembelian dengan harga tertentu..  Aku guna PosLaju, caj ikut berat dan tempat. Caj aku kena dalam RM9 macamtu. Maka ! Mari kita beli buku PTS di BookCafe !! Dan sokonglah perkhidmatan PosMalaysia..



No comments:

Post a Comment