Wednesday, October 21, 2015

Buku oh buku

Assalamualaikum..

Setelah post pasal Tragedi di Januari mendapat sambutan hangat dan melonjak-lonjak permintaan peminat suruh update lagi dan lagi.. Well, biasalah blogger lonely macam Iols ni memang kuat perasan. Kah!

Ok, sebut pasal buku. Masa sekarang ni, ya rabbi berlonggok-longgok buku keluaran tempatan yang memang banyak peminatnya. Termasuklah aku. Sebut Buku Fixi , Lejen Press , PTS , Komik-M penggemar buku mana taktau kewujudan depa? Banyak lagi gaiss penerbit buku ni. Dubook , Terfaktab , Puteh Press ofkos teringat Matluthfi . Sebab buku dia la aku kenai segala penerbit buku indie ni. Aku bukan nak bersikap pilih kasih mahupun pilih bulu di kaki nak promote penerbit ni semua, tapi banyak lagi gais. (Buat macam hot sangat nak promote buku orang. Kah!) Tapi takpa, aku try senaraikan satu persatu kat bawah sat lagi. Kalau nak tau, kena baca sampai abis la. (Kena pandai atur strategi manarik minat pembaca nokk.) 

Beberapa post yang lepas aku ada cerita pasai aku beli buku secara atas talian (online) . Dari BookCafe, superb! Jadi gian nak beli buku online saja. Sebab?

1. Hang tak payah nak drive jauh pi kedai buku kat Alor Setar/Jitra semata nak beli buku seketoi.

2. Hang tak payah pikir ada diskaun dak, berapa peratus diskaun. Hang bukak tengok ja kat web depa. Musti, musti ada promosi !

3. Biasanya akan keluar membeli dihujung minggu (sebab nak pinjam kereta orang) , bila hujung minggu hang faham sajalah orang semua keluar beli belah. Tapi jenis beli tak belah tu yang menampakkan keramaian sesebuah bandaraya. OK? Bila ramai, parking susah. Point dia, hang tak payah pusing-pusing pasal parking seketoi.

4. Dengan keramaian manusia ketika itu, mula la nak beratur panjang kat kaunter. Yang lagi baguih. Depa bukak satu ja kaunter.. Lagi 378 kaunter depa buat perhiasan dalaman (Ktipu, 2 kaunter saja.) Point sebenar, hang tak kena beratur lama. 

5. Bila ramai, cashier tu mula nak bebai. Tapi tang laki hensem hang boleh tahan bebai.. Mai kat aku yang selebet hang nak mula nak tunjuk perangai singa hilang anak. Taguna taguna taguna ~ Point dia, hang tak perlu tengok muka depa hat malas layan pelanggan ni.

6. Point ni paling penting utk yang keluar dengan anak-anak kecik ni. Tak payah dengar depa nak yang tu yang ni. Lari sana sini. Tak larat kepong! Tu tak kira orang dok tengok sinis lagi. Kah! (Tapi aku suka keluar dengan jejaka-jejaka kecik aku walaupun perangai. Allahu....)

7. Utk yang ada online banking ni, lagi la mudah sebab boleh terus bayar ja. Takperlu nak ke bank, bank in duit. Tup tap tup tap. Siap! Tunggu buku sampai saja. (Tapi, jenis ni bahaya. Duk syok tup tap tup tap, duit dalam akaun pun cepat keringnya. Dia umpama air laut yang punya pasang surut. Namun, surutnya terlalu cepat hanya dua tiga jam sahaja. Pasangnya menanti masa hingga dua tiga bulan. *pengsan*)

Itulah sikit sebab yang menyebabkan aku lebih suka beli online ni.. Ok, aku bukan nak cerita pasal aku beli online sebab sebelum ni dah pernah cerita. Terbaru, aku "menjala" buku masa MYCyberSale. Buku Fixi buat sale. 10 buku RM155 termasuk pos. Aduh, mana tahan beb.. 100x aku whatsapp Zubaidah pasai ni. Naik cemuih kawan tu dengar 

"Nak beli, nak beli, nak beli"

1 minit kemudian.. 

"Tapi duit tadak, duit tadak." 
"Nantilah beli"

1 jam kemudian...

"Nak beli jugak!"

Selepas 2 jam..

"Nantilah kita beli, nanti depa buat promosi lagi (sedapkan hati)"

Akhirnya,

"Wei, aku beli dah.. Tapi kita share bayar. Hang bayar lebih la.."

Hahaha, kesian Zubaidah.

Lepas dah sampai buku-buku yang dibeli, aku baca buku Tora Datang Lagi. Ambik mood kononnya, baca buku yang ada gambar. Sebab, 9 buah lepas tu semua tulisan ja. Mangkaqq..

Buku ni memang hang kena baca. Kalau takmau sudah.. Aku nak beli berapa kali dah buku ni. Nak beli kat I Love Novel Jitra Mall takda diskaun nokk.. Aku berputih biji mata kat situ.. Bukan masalah kedekut, tapi kedekut sudah sebati dengan diriku. Acanerrr? Salah aku ka? Aku ka? 

Perlu ka aku bagitau terbitan mana? Perhati dengan mata hati ok?

Penangan buku tu sampai aku pi beli Tora. Kah! Jejaka kecik bertanya

Pakwe : Maksu beli apa tu?
Aku     : Ni nama dia Tora datang lagi! (suara mau sama macam iklan)
Pakwe : (tengok aku buka) Ada apa tu ?! Mai Naufal tengok sat.
Aku     : (aku dah masak sangat dengan "sat" dia tu) Bagi maksu tengok dulu.
Pakwe : (pasrah...)
Aku     : (bagi kat dia..) Ambik la. Natang raksaksa apa taktau..
Pakwe : Wah, raksaksa laa.. Ooo, ni macam JoJo tu ka maksu..
Aku     : La, ingat taktau. Tapi JoJo tu mahai lagi pada Tora ni. DingDang pun ada, yang
              muka doremon tu. Murah lagi.. (semangat aku cerita kat dia.)
Pakwe : Oooo...

Aku harap Oooo dia tu maksudnya fahamlah..



"Yeyy! Tora Datng Lagi ~"

Seperti yang dijanjikan, penerbit buku yang banyak tadi tu.

1. PTS

Sebenarnya banyak lagi, ada lagi. Ingat-ingat lupa gituu. Tapi, itu saja termampuku berikan.. Selebihnya aku jadikan misteri.. Sesapa yang suka penerbit di atas, nescaya sukakan misteri. Maka, geraklah engkau semua menyelesaikan isteri misteri itu!

Ok bye!



Monday, October 12, 2015

Tragedi di Januari

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada follower setia blog aku. Siti Nurul Zubaidah Dayang Amaliah yang sentiasa baca blog aku walaupun aku tau dia hanya baca dalam mimpi . 

Penulisan kali ini ku tujukan balingan padu yang khas untuk Siti Nurul Zubaidah Dayang Amaliah kerana beliau ternanti-nanti aku update blog. Maka, kalau padi katakan padi tidak aku tertampi-tampi, kalau sudi kata sudi tidak aku nanti terus menanti ~ 

Idea nak cerita dekat blog ni bukan selalu ada. Kalau dia memang fokus nak jadi blogger yang bertauliah, idea dia mesti mencetus kreativiti gitew. Tapi aku ni sekadar melukut ditepian gantang yang dirobek-robek tikus berbulu koko. Idea bukan nak ada selalu. Post sebelum ni pun dah mengarut sangat laa. Tiada idea, tapi mau menulis blog juga.

Oh! Aku rasa aku ada cerita. Begini kisahnya... Cerpen ala-ala Nadia Khan, tapi cerpen aku low standard punya sebab yang tak berapa nak cerpen sangat.. Kahkah! Ok, jom mulakan!

***************************************************************

Hatta sebermulanya kisah pada suatu ketika aku.. Ktipu..

Ok, kisah dia macam ni.. Pada suatu petang yang sudah berbulan lamanya, aku on the way nak balik ke Ayer Hitam terchenta dari Selama almubarak, aku singgah seketika di Sungai Petani indah permai. Singgah masjid Yellow , sembahyang zohor. Disebabkan hari Jumaat, maka aku menyarankan diri aku untuk sembahyang saja diluar (aku ruang khas disediakan). Sebab masih ada golongan lelaki di dalam masjid. Pabila sudah selesai berwudhuk, aku dengan Zubaidah pun masuk la ambik telekung.

 Oh ya, kebetulan ada dua tiga orang makcik baru selesai sembahyang dan tengah sembang sesama sendiri. Aku tak ambik port sangat la bab tu. Terus memulakan takbir. Allahu akbar! Maka dugaan menjelma bila tak dapat khusyuk sebab makcik-makcik tu sembang. Ya rabbi ! Kuat weh.. Lagi satu, depa sembang bab ugama tentang penyeksaan di alam kubur! Ya, aku memang tak khusyuk sebab dengaq sebutir-sebutir apa yang disampaikan. Depa sembang macam takda org lain tengah sembahyang kat situ. 

Ok la, bukan aku tak bagi depa sembang.. Makcik kata makcik pandai bab agama, tapi kacau konsentrasi saya sembahyang makcik tau dak? Iman saya dah la goyah, ditambah dengan cerita gerun makcik, saya jadi tak keruan. Makcik pi la sembang kat lain. Bawah nuh ada kursi lagi orang bagi suruh duduk, makcik nak sembang sampai ke maghrib pun makcik sembang la. Bukan saya nak halang punnnn.. Dialong dia lebih kurang macam ni la. Maaf kalau bualan dibawah bakal mengundang rasa tidak puas hati. Sekadar bekongsi.

Makcik A : Dulu mak menakan (maksedara) saya duk dekat dengan jerat cina (perkuburan orang Cina). Dia kata dia dok dengaq roh mintak tlg.. Tolong.. tolong (dalam bahasa cina).. Depa kena tibai kot dengan malaikat..

Makcik B : Eh, orang kapiaq (kafir) tak kena seksa kat dalam kubur. Depa tequih masuk neraka (lebih kurang macamtu la maksud makcik B)

Makcik C : (Diam, dengaq saja kot. Tak dengaq 3 org cakap. Cuma dua belah pihak saling memberi hujah)

Makcik A : Laa, yaka.. Tapi mak menakan saya dok dengaq malam-malam.. bla..bla..bla.. 

Makcik B : (dengaq hujah macam ustazah)...bla..bla..bla..

Aku : (...bala semua ni... -.-')

Selesai sembahyang, simpan telekung. Aku dgn Zubaidah tak buang masa nak tunggu lagi kat situ.. Masa jalan pi pakai kasut, kami hanya mampu  memberi pandangan sayu atas tragedi tadi.. Aku geleng kepala mengenangkan makcik-makcik yang tererr bab ugama tadi. Aku tak nafikan.. Depa pandai, cuma cuai menguasai keadaan. Mungkin bukan di dalam masjid. Tapi, hormat orang lain nak sembahyang sama.. Tak kira dalam atau luar.. Peringatan utk diri aku dengan Zubaidah dan semua.. 

Semasa dalam perjalanan, aku dan Zubaidah hanya tergelak mengenangkan makcik-makcik tadi.. Alhamdulillah, aku selamat sampai di Ayer Hitam Chenta Resort. Kah!

***************************************************************

Disebabkan cerita tadi dari pengalaman sendiri, mohon maaf dipinta kot ada yg menyentuh sensitiviti kepelbagaian bio di Malaysia.. Kbye