Monday, October 12, 2015

Tragedi di Januari

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada follower setia blog aku. Siti Nurul Zubaidah Dayang Amaliah yang sentiasa baca blog aku walaupun aku tau dia hanya baca dalam mimpi . 

Penulisan kali ini ku tujukan balingan padu yang khas untuk Siti Nurul Zubaidah Dayang Amaliah kerana beliau ternanti-nanti aku update blog. Maka, kalau padi katakan padi tidak aku tertampi-tampi, kalau sudi kata sudi tidak aku nanti terus menanti ~ 

Idea nak cerita dekat blog ni bukan selalu ada. Kalau dia memang fokus nak jadi blogger yang bertauliah, idea dia mesti mencetus kreativiti gitew. Tapi aku ni sekadar melukut ditepian gantang yang dirobek-robek tikus berbulu koko. Idea bukan nak ada selalu. Post sebelum ni pun dah mengarut sangat laa. Tiada idea, tapi mau menulis blog juga.

Oh! Aku rasa aku ada cerita. Begini kisahnya... Cerpen ala-ala Nadia Khan, tapi cerpen aku low standard punya sebab yang tak berapa nak cerpen sangat.. Kahkah! Ok, jom mulakan!

***************************************************************

Hatta sebermulanya kisah pada suatu ketika aku.. Ktipu..

Ok, kisah dia macam ni.. Pada suatu petang yang sudah berbulan lamanya, aku on the way nak balik ke Ayer Hitam terchenta dari Selama almubarak, aku singgah seketika di Sungai Petani indah permai. Singgah masjid Yellow , sembahyang zohor. Disebabkan hari Jumaat, maka aku menyarankan diri aku untuk sembahyang saja diluar (aku ruang khas disediakan). Sebab masih ada golongan lelaki di dalam masjid. Pabila sudah selesai berwudhuk, aku dengan Zubaidah pun masuk la ambik telekung.

 Oh ya, kebetulan ada dua tiga orang makcik baru selesai sembahyang dan tengah sembang sesama sendiri. Aku tak ambik port sangat la bab tu. Terus memulakan takbir. Allahu akbar! Maka dugaan menjelma bila tak dapat khusyuk sebab makcik-makcik tu sembang. Ya rabbi ! Kuat weh.. Lagi satu, depa sembang bab ugama tentang penyeksaan di alam kubur! Ya, aku memang tak khusyuk sebab dengaq sebutir-sebutir apa yang disampaikan. Depa sembang macam takda org lain tengah sembahyang kat situ. 

Ok la, bukan aku tak bagi depa sembang.. Makcik kata makcik pandai bab agama, tapi kacau konsentrasi saya sembahyang makcik tau dak? Iman saya dah la goyah, ditambah dengan cerita gerun makcik, saya jadi tak keruan. Makcik pi la sembang kat lain. Bawah nuh ada kursi lagi orang bagi suruh duduk, makcik nak sembang sampai ke maghrib pun makcik sembang la. Bukan saya nak halang punnnn.. Dialong dia lebih kurang macam ni la. Maaf kalau bualan dibawah bakal mengundang rasa tidak puas hati. Sekadar bekongsi.

Makcik A : Dulu mak menakan (maksedara) saya duk dekat dengan jerat cina (perkuburan orang Cina). Dia kata dia dok dengaq roh mintak tlg.. Tolong.. tolong (dalam bahasa cina).. Depa kena tibai kot dengan malaikat..

Makcik B : Eh, orang kapiaq (kafir) tak kena seksa kat dalam kubur. Depa tequih masuk neraka (lebih kurang macamtu la maksud makcik B)

Makcik C : (Diam, dengaq saja kot. Tak dengaq 3 org cakap. Cuma dua belah pihak saling memberi hujah)

Makcik A : Laa, yaka.. Tapi mak menakan saya dok dengaq malam-malam.. bla..bla..bla.. 

Makcik B : (dengaq hujah macam ustazah)...bla..bla..bla..

Aku : (...bala semua ni... -.-')

Selesai sembahyang, simpan telekung. Aku dgn Zubaidah tak buang masa nak tunggu lagi kat situ.. Masa jalan pi pakai kasut, kami hanya mampu  memberi pandangan sayu atas tragedi tadi.. Aku geleng kepala mengenangkan makcik-makcik yang tererr bab ugama tadi. Aku tak nafikan.. Depa pandai, cuma cuai menguasai keadaan. Mungkin bukan di dalam masjid. Tapi, hormat orang lain nak sembahyang sama.. Tak kira dalam atau luar.. Peringatan utk diri aku dengan Zubaidah dan semua.. 

Semasa dalam perjalanan, aku dan Zubaidah hanya tergelak mengenangkan makcik-makcik tadi.. Alhamdulillah, aku selamat sampai di Ayer Hitam Chenta Resort. Kah!

***************************************************************

Disebabkan cerita tadi dari pengalaman sendiri, mohon maaf dipinta kot ada yg menyentuh sensitiviti kepelbagaian bio di Malaysia.. Kbye

No comments:

Post a Comment