Assalamualaikum..
Setelah post pasal Tragedi di Januari mendapat sambutan hangat dan melonjak-lonjak permintaan peminat suruh update lagi dan lagi.. Well, biasalah blogger lonely macam Iols ni memang kuat perasan. Kah!
Ok, sebut pasal buku. Masa sekarang ni, ya rabbi berlonggok-longgok buku keluaran tempatan yang memang banyak peminatnya. Termasuklah aku. Sebut Buku Fixi , Lejen Press , PTS , Komik-M penggemar buku mana taktau kewujudan depa? Banyak lagi gaiss penerbit buku ni. Dubook , Terfaktab , Puteh Press ofkos teringat Matluthfi . Sebab buku dia la aku kenai segala penerbit buku indie ni. Aku bukan nak bersikap pilih kasih mahupun pilih bulu di kaki nak promote penerbit ni semua, tapi banyak lagi gais. (Buat macam hot sangat nak promote buku orang. Kah!) Tapi takpa, aku try senaraikan satu persatu kat bawah sat lagi. Kalau nak tau, kena baca sampai abis la. (Kena pandai atur strategi manarik minat pembaca nokk.)
Beberapa post yang lepas aku ada cerita pasai aku beli buku secara atas talian (online) . Dari BookCafe, superb! Jadi gian nak beli buku online saja. Sebab?
1. Hang tak payah nak drive jauh pi kedai buku kat Alor Setar/Jitra semata nak beli buku seketoi.
2. Hang tak payah pikir ada diskaun dak, berapa peratus diskaun. Hang bukak tengok ja kat web depa. Musti, musti ada promosi !
3. Biasanya akan keluar membeli dihujung minggu (sebab nak pinjam kereta orang) , bila hujung minggu hang faham sajalah orang semua keluar beli belah. Tapi jenis beli tak belah tu yang menampakkan keramaian sesebuah bandaraya. OK? Bila ramai, parking susah. Point dia, hang tak payah pusing-pusing pasal parking seketoi.
4. Dengan keramaian manusia ketika itu, mula la nak beratur panjang kat kaunter. Yang lagi baguih. Depa bukak satu ja kaunter.. Lagi 378 kaunter depa buat perhiasan dalaman (Ktipu, 2 kaunter saja.) Point sebenar, hang tak kena beratur lama.
5. Bila ramai, cashier tu mula nak bebai. Tapi tang laki hensem hang boleh tahan bebai.. Mai kat aku yang selebet hang nak mula nak tunjuk perangai singa hilang anak. Taguna taguna taguna ~ Point dia, hang tak perlu tengok muka depa hat malas layan pelanggan ni.
6. Point ni paling penting utk yang keluar dengan anak-anak kecik ni. Tak payah dengar depa nak yang tu yang ni. Lari sana sini. Tak larat kepong! Tu tak kira orang dok tengok sinis lagi. Kah! (Tapi aku suka keluar dengan jejaka-jejaka kecik aku walaupun perangai. Allahu....)
7. Utk yang ada online banking ni, lagi la mudah sebab boleh terus bayar ja. Takperlu nak ke bank, bank in duit. Tup tap tup tap. Siap! Tunggu buku sampai saja. (Tapi, jenis ni bahaya. Duk syok tup tap tup tap, duit dalam akaun pun cepat keringnya. Dia umpama air laut yang punya pasang surut. Namun, surutnya terlalu cepat hanya dua tiga jam sahaja. Pasangnya menanti masa hingga dua tiga bulan. *pengsan*)
Itulah sikit sebab yang menyebabkan aku lebih suka beli online ni.. Ok, aku bukan nak cerita pasal aku beli online sebab sebelum ni dah pernah cerita. Terbaru, aku "menjala" buku masa MYCyberSale. Buku Fixi buat sale. 10 buku RM155 termasuk pos. Aduh, mana tahan beb.. 100x aku whatsapp Zubaidah pasai ni. Naik cemuih kawan tu dengar
"Nak beli, nak beli, nak beli"
1 minit kemudian..
"Tapi duit tadak, duit tadak."
"Nantilah beli"
1 jam kemudian...
"Nak beli jugak!"
Selepas 2 jam..
"Nantilah kita beli, nanti depa buat promosi lagi (sedapkan hati)"
Akhirnya,
"Wei, aku beli dah.. Tapi kita share bayar. Hang bayar lebih la.."
Hahaha, kesian Zubaidah.
Lepas dah sampai buku-buku yang dibeli, aku baca buku Tora Datang Lagi. Ambik mood kononnya, baca buku yang ada gambar. Sebab, 9 buah lepas tu semua tulisan ja. Mangkaqq..
Buku ni memang hang kena baca. Kalau takmau sudah.. Aku nak beli berapa kali dah buku ni. Nak beli kat I Love Novel Jitra Mall takda diskaun nokk.. Aku berputih biji mata kat situ.. Bukan masalah kedekut, tapi kedekut sudah sebati dengan diriku. Acanerrr? Salah aku ka? Aku ka?
Perlu ka aku bagitau terbitan mana? Perhati dengan mata hati ok? |
Penangan buku tu sampai aku pi beli Tora. Kah! Jejaka kecik bertanya
Pakwe : Maksu beli apa tu?
Aku : Ni nama dia Tora datang lagi! (suara mau sama macam iklan)
Pakwe : (tengok aku buka) Ada apa tu ?! Mai Naufal tengok sat.
Aku : (aku dah masak sangat dengan "sat" dia tu) Bagi maksu tengok dulu.
Pakwe : (pasrah...)
Aku : (bagi kat dia..) Ambik la. Natang raksaksa apa taktau..
Pakwe : Wah, raksaksa laa.. Ooo, ni macam JoJo tu ka maksu..
Aku : La, ingat taktau. Tapi JoJo tu mahai lagi pada Tora ni. DingDang pun ada, yang
muka doremon tu. Murah lagi.. (semangat aku cerita kat dia.)
Pakwe : Oooo...
Aku harap Oooo dia tu maksudnya fahamlah..
"Yeyy! Tora Datng Lagi ~"
Seperti yang dijanjikan, penerbit buku yang banyak tadi tu.
1. PTS
2. Buku Fixi
3. Lejen Press
4. Puteh Press
5. Dubook Press
7. Darma Press
8. Buku Hitam
10. Poket Press
11. Rabak Lit
Sebenarnya banyak lagi, ada lagi. Ingat-ingat lupa gituu. Tapi, itu saja termampuku berikan.. Selebihnya aku jadikan misteri.. Sesapa yang suka penerbit di atas, nescaya sukakan misteri. Maka, geraklah engkau semua menyelesaikan isteri misteri itu!
Ok bye!
No comments:
Post a Comment