Tuesday, December 29, 2015

REVIEWBuku@AdibahSalleh : GANTUNG - NADIA KHAN (Fixi)

Assalamualaikum.

Sekali lagi aku kembali dengan mood yang semakin berbeza. Untuk mood kali ini, aku nak ulas pasal novel/buku/novel/bahan bacaan yang aku pernah baca yang aku rasa nak kongsikan pandangan kepada pembaca blog yang tak seberapa ni. Kuikui.

Tajuk : GANTUNG
Terbitan : Buku Fixi
Penulis : Nadia Khan


Buku ni merupakan buku keluaran Fixi yang pertama aku baca. Sebelum ni pernah la dengar pasal Fixi ni. Tapi macam masuk telinga kanan keluarnya ke kiri. Geli-geli telinga saja masa tu. Tapi lepas ja tau boleh beli buku secara online, try la beli buku ni. (Sebenarnya kak aku yang beli. Aku yg pulun baca.) Muka surat pertama pun aku dah tertarik dengan nama sekolah cerita ni. Hahaha! SMCGT. Sampai aku pun rasa teringin nak try duduk sekolah tu sebab rasa macam gempak pulak. Naseb aku cepat tersedar bahawa itu hanya fixi saja. Ok, kembali kepada cerita. 

Sepanjang pembacaan aku, minda aku pun jadi tergantung dengan olahan watak-watak yang memeningkan kepala hotak aku. Takguna betui. Alhamdulillah aku baca dalam keadaan sedar sepenuhnya dan aku faham apa yang cuba disampaikan. Jalan cerita sedikit sebanyak aku macam dah boleh agak apa yang berlaku. Maaf, bongkok bongkah bongkak pulak. Hahaha!

Kisah ni mengelirukan pembaca dengan latar masa yang memeningkan sedikit. Tapi kalau baca dengan penuh sifat penyiasatan, In shaa Allah semua tu dalam tangan saja. Nama pun FIXI. Kalau tak da misteri/rahsia, memang tak sah! Untuk manusia yang jarang baca buku novel seperti aku ni, jalan cerita GANTUNG buat aku berminat untuk baca lagi dan lagi buku keluaran Fixi terutamanya dari Nadia Khan. 

" Musketeer Code - no all for one, just one for all. "

GANTUNG - Menceritakan kisah hidup 4 remeja lelaki yang hidup bebas memiliki perempuan. Ibarat petik jari, berduyun sampai. Bersekolah di sekolah elit membuatkan title semakin kukuh sebagai "barang terhangat di pasaran" . Musketeer Code - Seorang dapat, keempatnya kena rasa. Konflik tercetus apabila musketeer code dilanggar. Muncul awek psiko yang menghantui hidup mereka berempat seumur hidup. Ditambah pulak awek cun, tapi boleh nampak hantu. Apakah yang berlaku sebenarnya? Apa yang GANTUNG? Misteri tidak terhenti setakat itu, seorang daripada ke4 mereka diganggu misteri bilik yang tidak berpintu! Apakah?! 

Nak tahu lebih lanjut? Boleh dapatkan di kedai buku terpilih atau belian secara online di BukuFixi . Follow IG : adibahsalleh10



Monday, December 28, 2015

JJCM@AdibahSalleh - Tok Hery Original Char Koay Teow Kulim

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak menulis, kini aku kembali dengan mood yang berbeza. Kat sini aku nak kongsikan tempat makan yang aku dah lawati. Aku akan beri pandangan tentang kedai/gerai/restoran/tempat makan yang aku rasakan nak buat ulasan. 

Tok Hery Original Char Koay Teow Kulim

Terletak bersebelahan dengan Kedai RM2 Kulim. Maaf gais, aku kurang pandai nama jalan kat Kulim tu. Yang aku tau, kedai ni dekat kawasan Giant, C-mart Kulim. Paling tepat, sebelah kedai RM2. 

Waktu operasi : (Tak pasti, tapi aku pi petang sekitar pukul 4/5. Hari Isnin.)

Menu dipesan : Set Ketam Lembut, Char Koay Teow (Udang/Ketam), Nasi Goreng Sotong. 

Okay, bagi aku char koay teow (CKT) dia sedap. Kalau dari 10 bintang aku boleh bagi 8.5 bintang untuk dia punya sedap. Rasa CKT dia memang terasa la. Sampai la aku terasa ni. Hahaha! Tapi, harga dia agak mahal. CKT udang dengan ketam lembut tu memang berbeza harganya. Ketam lembut mahal sikit la.

Nasi Goreng Sotong dia pun sedap. Aku bagi 8 bintang dari sepuluh. Harga dia kalau dengan kuantiti tu okay la. Mungkin mahalnya kat sotong tu. Apa-apa pun sedap memang sedap. Sesapa yang teringin nak cuba, boleh pi cuba. 

Mungkin ini menu top kat situ. Ketam lembut goreng tepung. Rasa dia ada pedas-pedas sikit. Masa aku pi, rasa ketamnya terlebih masin. Mungkin terlajak garam atau memang itu resepi dia. Ketam dia boleh telan semua, sebab lembut. Harga agak mahal. Tiga ekor ketam, ada fries sikit. RM 20 ringgit untuk satu set. Nak cuba, boleh cuba. Kalau rasa berbaloi boleh pi try lagi! Aku bagi 6.5 bintang.

Kebersihan - 8 bintang (kedainya bersih)

Aku selitkan beberapa keping gambar yang tak seberapa untuk tontonan. Selamat mencuba!





RM 20/set