Assalamualaikum.
Sekali lagi aku kembali dengan mood yang semakin berbeza. Untuk mood kali ini, aku nak ulas pasal novel/buku/novel/bahan bacaan yang aku pernah baca yang aku rasa nak kongsikan pandangan kepada pembaca blog yang tak seberapa ni. Kuikui.
Tajuk : GANTUNG
Terbitan : Buku Fixi
Penulis : Nadia Khan
Buku ni merupakan buku keluaran Fixi yang pertama aku baca. Sebelum ni pernah la dengar pasal Fixi ni. Tapi macam masuk telinga kanan keluarnya ke kiri. Geli-geli telinga saja masa tu. Tapi lepas ja tau boleh beli buku secara online, try la beli buku ni. (Sebenarnya kak aku yang beli. Aku yg pulun baca.) Muka surat pertama pun aku dah tertarik dengan nama sekolah cerita ni. Hahaha! SMCGT. Sampai aku pun rasa teringin nak try duduk sekolah tu sebab rasa macam gempak pulak. Naseb aku cepat tersedar bahawa itu hanya fixi saja. Ok, kembali kepada cerita.
Sepanjang pembacaan aku, minda aku pun jadi tergantung dengan olahan watak-watak yang memeningkan kepala hotak aku. Takguna betui. Alhamdulillah aku baca dalam keadaan sedar sepenuhnya dan aku faham apa yang cuba disampaikan. Jalan cerita sedikit sebanyak aku macam dah boleh agak apa yang berlaku. Maaf, bongkok bongkah bongkak pulak. Hahaha!
Kisah ni mengelirukan pembaca dengan latar masa yang memeningkan sedikit. Tapi kalau baca dengan penuh sifat penyiasatan, In shaa Allah semua tu dalam tangan saja. Nama pun FIXI. Kalau tak da misteri/rahsia, memang tak sah! Untuk manusia yang jarang baca buku novel seperti aku ni, jalan cerita GANTUNG buat aku berminat untuk baca lagi dan lagi buku keluaran Fixi terutamanya dari Nadia Khan.
" Musketeer Code - no all for one, just one for all. "
GANTUNG - Menceritakan kisah hidup 4 remeja lelaki yang hidup bebas memiliki perempuan. Ibarat petik jari, berduyun sampai. Bersekolah di sekolah elit membuatkan title semakin kukuh sebagai "barang terhangat di pasaran" . Musketeer Code - Seorang dapat, keempatnya kena rasa. Konflik tercetus apabila musketeer code dilanggar. Muncul awek psiko yang menghantui hidup mereka berempat seumur hidup. Ditambah pulak awek cun, tapi boleh nampak hantu. Apakah yang berlaku sebenarnya? Apa yang GANTUNG? Misteri tidak terhenti setakat itu, seorang daripada ke4 mereka diganggu misteri bilik yang tidak berpintu! Apakah?!
Nak tahu lebih lanjut? Boleh dapatkan di kedai buku terpilih atau belian secara online di BukuFixi . Follow IG : adibahsalleh10
No comments:
Post a Comment