Assalamualaikum..
Setelah sekian lama tak menulis, kini aku kembali dengan mood yang berbeza. Kat sini aku nak kongsikan tempat makan yang aku dah lawati. Aku akan beri pandangan tentang kedai/gerai/restoran/tempat makan yang aku rasakan nak buat ulasan.
Tok Hery Original Char Koay Teow Kulim
Terletak bersebelahan dengan Kedai RM2 Kulim. Maaf gais, aku kurang pandai nama jalan kat Kulim tu. Yang aku tau, kedai ni dekat kawasan Giant, C-mart Kulim. Paling tepat, sebelah kedai RM2.
Waktu operasi : (Tak pasti, tapi aku pi petang sekitar pukul 4/5. Hari Isnin.)
Menu dipesan : Set Ketam Lembut, Char Koay Teow (Udang/Ketam), Nasi Goreng Sotong.
Okay, bagi aku char koay teow (CKT) dia sedap. Kalau dari 10 bintang aku boleh bagi 8.5 bintang untuk dia punya sedap. Rasa CKT dia memang terasa la. Sampai la aku terasa ni. Hahaha! Tapi, harga dia agak mahal. CKT udang dengan ketam lembut tu memang berbeza harganya. Ketam lembut mahal sikit la.
Nasi Goreng Sotong dia pun sedap. Aku bagi 8 bintang dari sepuluh. Harga dia kalau dengan kuantiti tu okay la. Mungkin mahalnya kat sotong tu. Apa-apa pun sedap memang sedap. Sesapa yang teringin nak cuba, boleh pi cuba.
Mungkin ini menu top kat situ. Ketam lembut goreng tepung. Rasa dia ada pedas-pedas sikit. Masa aku pi, rasa ketamnya terlebih masin. Mungkin terlajak garam atau memang itu resepi dia. Ketam dia boleh telan semua, sebab lembut. Harga agak mahal. Tiga ekor ketam, ada fries sikit. RM 20 ringgit untuk satu set. Nak cuba, boleh cuba. Kalau rasa berbaloi boleh pi try lagi! Aku bagi 6.5 bintang.
Kebersihan - 8 bintang (kedainya bersih)
Aku selitkan beberapa keping gambar yang tak seberapa untuk tontonan. Selamat mencuba!
RM 20/set |
No comments:
Post a Comment