Saturday, January 2, 2016

2015

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada pembaca blog yang tak berapa nak blog ni. Tahun 2015 banyak yang aku ceritakan, dan banyak jugak yang aku padam cerita kat sini.. Sebab? Taktau la kenapa gambar tak boleh muncul dan disebabkan itu, aku punya cerita macam tak sampai ke hati. So, delete. Nampak? Betapa malasnya seorang insan yang nak jadi blogger tapi pemalas puihhh nak kemaskan blog. Mohon jangan dicontohi.

Tahun 2015

Tahun yang aku cuba nasib dalam bidang perniagaan. Bukan la perniagaan yang ada syarikat, bangunan tinggi, pekerja 30 orang. Nehhii~ Aku try meniaga atas talian gitu, orang cakap bussiness online. Walaupun modal tak banyak (sapa kata?) tapi masih perlukan modal la. Yes. Hang kena beli barang (bukan dropship) kalau bisnes hang syaratnya begitu. Untuk orang macam aku yang tak pandai strategi perniagaan, agak berterabur sikit. Kah! Duit masuk RM5 pun dah gaya masuk RM5 billion dia punya kira-kira. Hahaha. Ya, aku kurang minat nak kira. TAPI.. Kira duit aku juara, In shaa Allah. 

Tahun 2015

Tahun yang boleh aku cakap aku pi merata jugak la. Walaupun takla jauh beribu batu. Tapi aku pi la jugak. Tahun yang aku tinggal rumah seminggu dua. Sebulan dua. Ayat takmau kalah, nak ajet-ajet backpacker sajaa. Hahaha!

Tahun 2015

Tahun yang banyak kisahnya tersendiri. Bagi setiap orang. Manis, pahit. masam, tawar. Segalanya.. Tahun yang mulanya GST. Kahkahkah. Iklan sepanjang tahun 2014, 2015 indah khabar dari rupa.. 2016 mengesot nak kena buat 10 kerja. Tabahlah..

Tahun 2015

Tahun yang mula suka beli buku/barang online daripada beli kat kedai. Allah.. Abis duit takpayah cakap.. Tapi, kak aku bab ni paling nombor 1.. Aku macam orang tengah ja. Orang suruh, beli. Pi bayaq sendiri. Hahaha.

Tahun 2015

Tahun sebelum 2016, dan selepas 2014.

Tahun 2015

Selamat tinggal.

Tahun 2016

Assalamualaikum.. Semoga ada kebaikan buat kita semua. In shaaAllah. Amin..

No comments:

Post a Comment