Monday, May 9, 2016

JJCM@AdibahSalleh - Big Galley's Cafe

Assalamualaikum..
Dah berbulan aku tak update. Bukan kerana kekangan masa, jauh sekali kerana malas. Aku rajin dan punyai masa yang terluang begitu banyak. Cuma, internet sangat mencemburui aku. Hmm, pakej internet sangat menikam aku secara perlahan-lahan. Takpa, aku dah kembali buat SEKETIKA dan bakal menggamatkan blog ini semeriah ABPBH kat tv tu. Hahaha. Okay, aku rasa aku patut tukar blog ni pada blog makan-makan la sebab kisah aku ni punn berkaitan dengan makan. Ya, aku juga patut behenti merapu dan terukan kepada tajuk utama. Maaf kepada yang menghina. Muah!

JJCM@AdibahSalleh - Big Galley's Cafe

Big Galley'S Cafe terletak di Alor Setar. Pernah baca pasal kisah aku poskan beberapa bulan lepas? JJCM@AdibahSalleh - HLM Authentic BoatNoodle tajuknya. Jika dah baca dan dah pi try pun kat situ, sudah pasti engkau sudah menjumpai cafe ini. Kepada yg belum pergi. Eh, awat tak pi? Sedap kot daging bakar dia. Perghh perghh!

Maaf, ini kisah pasal Big Galley's Cafe. Cafe ini seperti cafe yg tengah meningkat yang lain. Sangat perghhh! AMARAN : Makanan disini sedap dan banyak. Jangan tamak nak order banyak sangat. Aku risau hang senak nak menghabiskan! Cerita ni masa aku pi bulan 2 yang lalu. Harga pun aku dah lupa.. Maaf ya. Mungkin aku patut pi satu round lagi (alasan)

Waktu operasi : Sabtu-Khamis (12:00pm~12:00am) Jumaat (4:30pm~12:00am) 

Menu dipesan : Chicken Chop, Lamb Chop, Carbonara, Nasi Goreng Daging Merah (tak berapa nak ingat dah menu yg order. Lama sangat dah pi..)

Chicken Chop 7**

Biasalah, menu wajib yg wajib aku pesan. Chicken chop dia nampak simple. Try makan dulu. Bukan setakat sedap, siap kenyang tersandar pada kenangan lagi hoi.. Ayamnya yang digoreng rangup ditambah dengan sos lada hitam yang lazat. Dihiasi dengan kentang goreng sebelanga. Kentang yang diputarrr.. Allah, apa lagi hang nak?? Sayur? Okay, takdak. Hmm




Lamb Chop 7**

Aku tak makan, tak rasa pun. Sebab aku tak minat kambing. Kak aku yang makan, habis jugak walaupun bersisa sikit-sikit. Tak larat telan dah.. Hiasan lebih kurang sama macam chicken chop. Cuma kentang yang digoreng agak besarrrr..



Carbonara 6**

Pasta ini aku rasa masa aku dah sengkak. Kalau diawal makan mungkin boleh 7 bintang. Hahaha. Rasanya seperti yang lain. Dia mungkin duk dalam group medium. Not bad, tidak terlalu superb. Ya, medium sahaja. Dan dia banyak.. Emm.

Oh, dia ada meatball!

Nasi Goreng Daging Merah (Rasanya tu la nama menu dia. Maaf, aku ingat-ingat tapi lupa) 7**

Nasi goreng ni yang menampakkan dia best sebab tengah lapar mungkin. Hahahaha. Dak aihh, dia sedap. Nasi goreng dia rasa semua. Garam, gula, bawang, kicap, sos, serbuk kari, kurma, penambah perisa. Sedap sedap. Dan ditambah dengan daging yang tak merah tu. Ni lah sebab aku jadi konfius. Rasanya menu tu macam ada daging merah. Tapi tak merah pun. Takpa. Nanti aku try lain. Hahaha.



Itu la antara menu yg dipesan. Sikit kan? Tapi, hmm. Tu pun tak larat nak habiskan nyah oi. Kepada yang nak pi cuba, aku nasihatkan kosongkan perut. Sebab disini menu utk orang yang berselera besorrr.

Masa aku pi, kedai baru dibuka. So, tak berapa ramai. Tapi masa nak balik. Makin ramai pulak. Huhuhu. Servis baguih, mungkin sebab masih awal. Bateri ditahap 100% lagi. Harapnya terus berkekalan sebegitu. InshaaAllah.

Meja kami duduk kecik, maka berhimpit la jawab dia. Hahaha

Susun atur cafe ni. Nak sembang kedai kopi sambil pekena kopi. Mai sini

Yang tengah tu aku tak kenai la. Sheriff Kelly kot. Hahahaha

Kebersihan : Bersih 8**

Sebesar penghargaan kepada orang yang selalu belanjerrr kami adik beradik makan dimana jua kita pergi. Terima kasih. Muah!

Selamat menjamu selera!

Update : Waktu operasi mungkin ada perubahan. Boleh check kat FB/IG depa. TQ..

No comments:

Post a Comment