Monday, May 9, 2016

JJCM@AdibahSalleh - MCE Garden Cafe

Assalamualaikum..

Aku dalam tugas menghabiskan kisah tempat makan yang aku pi. Ini pun dah berbulan aku pi. Tak sempat nak update. Sebab yang sama. Pakej internet membunuhku. Baik, kita terus ke tajuk. MCE Garden Cafe. Sapa pernah pi? Okay, ini pertama kali pengalaman aku pi sana. Ada kawan aku bagi info tempat ni sebab nak ajak aku pi tapi aku pi melantak dulu. Takpa, nanti kita pi. Hahahaha! Untuk kali pertamanya aku pi, 2x okay aku pusing keliling YAWATA Jitra tu sebab nak cari cafe ni. Rupanya...........

MCE - Mahligai Cemara Enterprise
Cafe ni sekali dengan butik pengantin. Hmm, patut la tak perasaan. Aku gigih Google la, Facebook la. Rupa engkau disini saja. Betui-betui belakang YAWATA Jitra. Penat tau kita cari. Sampai terlupa harga makanan berapa. Emmm....

JJCM@AdibahSalleh - MCE Garden Cafe

Waktu operasi : Tak pasti. Tapi aku pi 11 Feb 2016 (2:14pm)

Menu dipesan : Chicken chop, Spaghetti bolognese, Mee (tak ingat mee apa), Mash potato (tiada gambar), Teh ais lemon, Coklat ais, Teh hijau ais.

Chicken chop 8**

Simple. Tapi nice! Aku suka. Nampak sikit, tapi mengenyangkan! Serious! Harga boleh dikatakan murah. Kalau tak salah aku dalam RM9 lebih. Lagi sedap dari yang harga dekat RM13, RM15 dan sebagainya. Dan lagi berbaloi. Hang patut try kat sini!



Spaghetti Bolognese 8**

Rasa yang sangat padat! Aku rasa dia guna 1 tin Prego utk sepinggan kuah ni! Sebab kuah dia awesome, sedap, puas hati! Harga pun dalam group murah bagi aku sebab dengan lauk@daging+kuah sempurna+spaghetti banyak. RM9 lebih jugak kalau tak salah aku. Dengan cheese lagi. Memang terbaikk la! Dalam gambar nampak sikit. Try dulu, inshaaAllah kenyang! Baca doa makan okay. 


Mee (tak ingat mee apa) 7**

Semangkuk penuh kau.. Mee aku kurang sikit. Menurut kak aku sedap, tapi pedas sangat pulak. Makan tengah hari, merecikkkk peluh nokk. Aku makan jugak, rasa...... Sedap! Tapi tu la, dengan kenyang masa tu. Pedas sikit pun rasa pedas melampau. Hahaha! 


Mash potato (tiada gambar) 7**

Ni dalam kategori makanan sampingan. Walaupun dia sampingan, tapi dia sedap. Kuah dia sedapp! Em, takda gambar pulak. Terlupa nak amik sebab seronok makan chicken chop. Hahaha. 

Teh ais lemon 7**



Coklat ais 7**



Teh hijau ais 8**


Aku gulung sekali part air ni. Semuaanya sedap, menghilangkan dahaga dihari panas. Seingat-ingat lupa aku  la, harga air ni tak sampai RM5. Rasanya la, sebab aku pun dah lupa. Kalau salah, bayo je la berapa punnn sebab memang berbaloi la dengan ambil cawan besar. Hahaha! Paling terbaik sebab ada Green Tea. Perghh perghh!

Servis memang baik punya. Mungkin sebab tak ramai, jadinya tak kalut. Kalau ramai, nak tunggu air pun mau 20minit (pengalaman tapi bukan di cafe ni).

Kebersihan : Bersih 8**

Secara keseluruhan, aku berpuas hati kat cafe ni. Tak salah aku tak sampai RM40 pun jumlah yang perlu dibayar! Ada sesetengah tu, tak sampai 5 hidangan, boleh cecah RM70++ , dah la kualiti dan kuantiti tak berbaloi (berdasarkan pengalaman sendiri. Tempat : Rahasia).

Aku harap, aku puji melambung maembong akan kekalkan semua ini berterusan. Sebab aku suka cafe ni! Aku suka! Nanti aku pi lagi.. Aku harap semuanya masih seperti dahulu. Jika ada perubahan, doaku perubahan yang terbaik! Ya, aku semangat cerita pasal cafe ni sebab aku suka pada kali pertama menjejak kaki ke situ. Kekalkan servis terbaik anda utk pelanggan.

Amboi, harapannnnn.... Selalu harapan tinggi menggunung ni akan tergolek ditengah jalan. Hmmm. 



Risau aku nak duk atas ni, takut runtuh. Hahaha. Ku sedar diri ini~~


Sekalung penghargaan kepada insan yang belanja kami adik beradik walau kemana jua kita pi makan. Terima kasih! Muah

Selamat mencuba gais!

Update : Aku tak pasti ada @ tak lagi cafe ni. Selalu aku lalu tutup. Tapi, ada cafe baru area situ. Nanti aku pos kesahhnya. nanti yaa, nantii..

No comments:

Post a Comment