Wednesday, October 19, 2016

Happy Birthday!

Assalamualaikum..

So, yeah.. Again, again, and again. Setiap tahun, pasti ada satu tarikh yang setiap orang nantikan. Setahunnnn hanya sekali~ meraikan hari yang bahagia ini. Huhuhuhu.. Selalunya orang tunggu tarikh birthday la. Sebab?

1. CALL & SMS FREE (Antara sebab paling tinggi rating ni!)
- Yang ni paling lejen dari zaman sekolah. Maxis selalu dapat call free saja. Tapi kalau Celcom Xpax plan sebelum ni lagi laaa... SOX @ UOX.. Dapat call free, mesej pun free jugak. Eh, bukan sehari gais... Semingguuuu.... Plan lain atau telco lain taktau pulak. Tapi tu la, bukan nak guna sangat. La ni zaman duk kalut wasap, tengok drama TV3, instagram, dakwicet. Hmm, taktau la. Banyak sangat.. Tapi kan, zaman sekarang ni aku rasa depa dah patut tukar ke bonus internet unlimited free untuk seminggu. WOAHH!!!

2. Nak tengok siapa ucap paling awal/siapa ingat tarikh
- Lena dah sebenarnya. Tapi dia gigih kunci jam sebab nak bangun pukul 12AM @ 0000 nak tengok berapa mesej orang ucap, nak tengok ayat sapa paling menyentuh sanubari, nak tengok sapa yang lupa. Ha, yang ni yang boleh bawak bencana alam. Buat pulak kekasih hati lupa nak wish. Kahkah, sadis.. Kena bagi hadiah paling mahai la jawabnya. Tapi la ni bukan nak hadiah sangat, boleh pi sambut sama-sama kat Resepi Rahsia ka, kat Kayu Hitam ka, Ayam Goreng Kentaki ka, Pondok Pizza ka. Alaaa, banyak sangat ni. Tak tercapai otak nak memikiauu. Lepastu, pi shopping perabih duit orang pun seronok dah. Takpa, hadiah tak bagi pun takpa. Huhuhu~

3. Dapat hadiah ke tidokk?
- Hahaha, tua dah aih nak hadiah apa tah. Macam aku kata tadi la, bawak pi makan, shopping, jalan-jalan pusing depan rumah pun seronok dah. By the way, jangan baling tepung Kunci Biru boleh? Aku ingat lagi. Ya allah, apa punya perangai la duk buat Adibah macam ni. Emm, Adibah is tertipu dengan mereka tersebut. 

4. Nak meraikan bersama
- Ada orang kumpul duit sebab nak sambut birthday dia sama-sama family/kawan/sapa-sapa aja la. Sebab tu dia teruja tunggu hari bersejarah dia. Tak sabar betui dia nak belanja, buat kenduri. Dia tak minta sms/call free tu semua. Sebab dia nak ada yang sama-sama dengan dia meraikan hari dia. Dia takmau jadi forever alone. Walaupun dia terpaksa mengupah orang. Kahkahkah!

5. Nak isi borang BR1M
- Kahkahkah! Yang ni bukan tunggu birthday sangat, dia tunggu 1 Januari tahun yang cukup umur boleh dapat BR1M (21 tahun) terus dia isi dengan jayanya. Please, jangan nafikan sangattttlahh! Zaman GST, 1MDB, syarikat air menipu, TNB naik harga ni kalau orang nak bagi duit tapi takmau ni saja buat kaya. Ramai lagi yang nak tapi tak dapat. Cuba bercukur bersyukur sama. Rezeki Allah tu, bukan dari kerajaan. Dari tuhan, keraluku kerajaan cuma sampaikan saja.

Cukup la 5 sebab.. Otak aku karat, tak larat nak prosess dah sebab yang lain. Aku harap penulisan ini tidak mendapat sebarang kecaman. Adibah is tak kuad awaa.....

Dan jutaan terima kasih kepada yang sudi mengingati tarikh kelahiran saya dengan memberi ucapan seperti kata-kata manis yang sedap dibaca. TERIMA KASIH!

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK
-SEMUA-
(1 Januari - 31 Disember)





Tuesday, October 11, 2016

JJCM@AdibahSalleh - Chamcha cafe

Assalamualaikum..

Sebenarnya ada dua tiga lagi kedai makan yang aku nak review. Tapi, aku post yang ni dulu sebab bahan dia agak lengkap berbanding yang lain. Kepada yang duk tanya, review untuk restoran ala barat saja ka? Jawapan aku, buat masa sekarang ni adalah YA. Tapi takpa, nanti akan muncul juga cerita kedai tepi jalan, gerai makan di mana-mana, kedai makan yang biasa dengan hidangan luar biasa. Huhuhuhu. Lokasi kedai ni mudah sebenarnya. Tepi jalan saja. Kalau hang dari arah Jitra nak pi Kodiang [Jitra-Tunjang-Megat Dewa-Padang Sera-Kodiang] , mesti nampak punya Chamcha Cafe ni. Tepi jalan, terus sikit ja dari lampu isyarat nak ke Napoh tu. Ada simpang, dan di situ la letaknya kedai ni. Takpun gugel maps saja la. Huhuhu..

Chamcha Cafe

JJCM@AdibahSalleh - Chamcha Cafe

Waktu operasi : Khamis-Selasa (Rabu-tutup) 5:00PM-12:00AM [Rujuk FB]

Facebook Page : Chamcha Cafe

Menu dipesan : Makanan - Chicken chop, Spaghetti bolognese, Mushroom soup, Cheezy meatball
                         Minuman - Chocolate, Green tea (ice), Carrot (ice), Green tea (hot)

Chicken chop 8**

Satu perkataan, SEDAP. Ya, memang sedap la. Sos blackpaper pun sedap. Tak pedas sangat. Anak menakan aku yang tak makan pedas pun boleh telan, kira tak pedas la tu. Harga RM10. Dia ada untuk set ekonomi kot yang RM6. Tak order pun yang tu sebab selera orang tua nak lagi lagi besarr punyaa. Huhuhu. Yang pasti, licin pinggan tu. Entah la, sedap macam mana pun tak pasti, tapi sedap la. Atau mungkin aku yang lapar masa tu.. Kahkah!


Spaghetti bolognese 6.5**

Dari segi persembahan hiasan tu, boleh tahan. Rasa? Maaf, aku tak rasa. Yang ni mak aku yang makan. Tengok dia makan tak komen banyak, okay la kot? Boleh macamtu? Hahaha. Ada meatball dua ketui menambahkan lagi selera. Dengan RM8 hang dapat hidangan  ala barat yang macamtu, alhamdulillah.


Mushroom soup 7**

Dengan harga RM4, hang dapat semangkuk sup cendawan ditambah dua ketui roti bakar. Yang penting, panas-panas dihidangkan okay. Betui la, benda buleh saja kalau nak buat dirumah. Tapi, kalau dah buat tak berapa yang nak makan baik kita makan luar. Hahahaha. Belagak hoi.. Yang ni, anak menakan aku yang makan. Anak menakan tu anak kak@abang hang la. Tu pun tak faham. Huhu. Dia cakap sedap. Aku pun tak pasti la. Tapi habis jugak. Betui la kot sedap. Aku tak rasa. Sebab aku dah dapat chicken chop. Kahkah!


Cheezy meatball 7**

Aku taktau la meatball ni sebenarnya macam mana rupa dia. Sebab aku pernah terbaca, ada orang marah sebab dia nak makan meatball bukan bakso. Dan aku tau selalu dihidangkan adalah bebola daging yang frozen tu. Kankannn? Tapi, okay la kot meatball = bebola daging. Walaupun frozen ka homemade ka handmade ka apa made ka, janji HALAL lagi BERSIH ya anak-anak. Harga cheezy meatball RM12. Dihidangkan 10 ketul meatball. Ada mash potato, fries dan sikit hiasan lain. Yang ni aku rasa..... Dengar nama menu macam best sangat. Cheezy bukan main nama dia..... Imaginasi aku ni nampak mozarela, chedar melimpah-limpah ni. Huhuhu.. Hentikan saja imaginasimu. Tapi, rasa dia not bad. Boleh try..


 Chocolate ice 5**

Masalah dia bukan tak sedap hang tau. Bukannn.. Tapi rasa dia sangat coklat, maksudnya koko.. Ada satu dua tempat yang aku pernah order chocolate tapi tak la secoklat sangat rasa dia. Faham dak? Tolong la faham. Dia bukan tak sedap okay, tapi tu la. Huhuhu. Dia tak mencapai tahap keinginan aku. Harga RM3.50, kira okay lagi la. Tapi patut RM3 atau lagi murah kot. Maaf, kihkih.


Green tea ice 6.5**
Biasalah, Dibah mau kalau dengan green tea. Teh hijau Thailand ni mana pernah kata tak sedap. Semua sedap. Jadi, aku putuskan untuk biarkan awak semua saja la yang pi cuba rasa sendiri. RM3.50 juga harganya. 


Carrot ice 5.5**

Harga dia RM3. Sebab apa 6 bintang saja? Entah firasat aku, firasat aku mengatakan begitu. Huhuhu. Dari luaran aku tengok macam tak umph!!! sangat la kan. Tahap biasa-biasa saja. Gitu.. Aippp... Dia bukan tak sedap. Sedap......... Cuma tak kena selera. Okay? Dah, dah.. Nak cuba, pi cuba. Takmau, sudah. Hahaha. Senang kan?


Green tea hot 6**

Dia sangat hot~~ Kahkahkah. Dak la. Selalu pi kedai nak teh panas satttt tuuww... Jadi kita pi try tambah green sikit. RM3 sahaja.. Manis tu biasa la kan? Baru ada daya penarik hidup anda. Gituu.. Waktu hujan, sedap la pekena air ni. Minum slow noh, jangan kalut. Rosak deria rasa hang nanti. 


Kebersihan : 9** . Serius, time aku pi tu. Memang bersih. Persekitaran okay. Jangan k.o pulak lepas ni ya. Teruskan usaha begitu!

Untuk pengetahuan semua, dia ada lagi menu yang lagi best. Oblong, burger dan banyak lagi. Disebabkan aku pi time kedai ni baru buka, jadi menu yang tu tak ada lagi. Ya, ya aku tau depa patut siap semua menu kalau dah buka tu. Dah, dah jangan marah. Yang ada pun hang tak larat nak telan dah. Kalau nak makan menu tu semua. Pi la pukui 8 malam ka 9 malam ka. Aku takleh lewat, abah marah satgi. Hang apa tau.. Tau nak balik lewat ja...... Huhuhu

Tak lupa, sekalung bunga terima kasih aku sarungkan kepada yang berkenaan kerana belanja tak kira makan dimana kalau keluar bersama. Terima kasih dari adikmu yang kedekut. Kahkah! Dan, TQ utk kegigihan mak ajak keluar menyambut hari tua ku. Terasa diriku begitu dihargai. Muah, hahaha!

Selamat mencuba!


Sunday, October 9, 2016

Masalah CikTi Memerintah Rumah

Assalamualaikum..

Pernah ada masalah cikTi main aci ligan masa anda tengah tengok tv? Pernah alami masa sukar tidur apabila cikTi merayap dalam bilik tidur? Jika jawapan anda YA, anda wajib baca ini! Huhuhu..

Gila hang, tikus kot.. Tak geli? Warna hitam, kelabu melintas laju tak tengok orang. Silap haribulan naik atas badan cek oiii.. Nak? Takmau laa aku..

Dah, aku nak cerita cara mengatasi. Sebenarnya, banyak jugak aku jumpa cara nak atasi masalah tikus bila cari kat Google ni. Dahhh.. Dah try semua.. Lada hitam la, kulit durian la. Apa benda lagi laa.. Tak menjadi.

Hang tau? Tikuih la ni berani cerdik tahap apa aku pun taktau laa... Pasang perangkap, letak lauk sedap pun tak masuk aih.. Dia dok pi cari kot lain. Lauk depan mata pun buat taktau, dia tau kata perangkap kot noh. Tikus pun tau kata perangkap. Tapi hang manusia hat lagi sempurna pun boleh terpedaya dengan perangkap manusia lain. MLM la, skim piramid la, seminar keusahawanan la. Apa lagi? Lepastu kalut la buat report polis la, viral la. Hmm, elok berguru dengan tikus la. Ehhhh....?

Aku nak cerita pasai satu benda yang murah dipasaran sekarang yang boleh membantu hilangkan tikus. IKLAN SERIUS. Betui, aku dah try. Siap ada testimoni lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ninnnn diaaaaaa baQ hiangg...
.
.
.
.
.
.
.

Gam tikus!
 Mujarab kalau kena syarat diaaa... Sungguh. Tu dia, cop DIY membuktikan aku pelanggan setia MR DIY. Huhuhu.. Pi beli sebuku dulu. Try.. Cara nak guna, hang kena usha dulu tang mana cikTi suka lalu. Sebab bila hang letak, dan dia lalu. Dan PPAP!!! Pen Apple.. Ughhhh~~ PenApple . Ok dak.. Bila dia lalu atas gam tu, dia melekat dan terlekat di situ. Faham? Nak kena lukis gambar rajah ka lagu mana ni? Emmm...

Kat belakang tu ada arahan. Tak faham, mohon gugel transelit

Gini la rupa dia. Yang kat tengah tu macam penghadang tak bagi melekat sesama mereka.

Dia gerenti hang puas hati! Gituuu..

Aku beli yang ni dekat MR DIY. Masa tu harga RM2.30, tapi baru-baru ni aku pi nak beli tengok harga RM2.50 .. Jenama lain kot.. Huhuhu.. Benda ni merata ada. Kat kedai ECO RM2 pun ada. Yang ada masalah banyak tikuih tu, pi beli 5 buku, balik bukak bagi tikuih baca. Bagi faham bahasa. Tapi, kalau tak faham dia jadi macam kat bawah ni. Lemah semangat jangan tengok
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tepi dia tu tulang ayam. Umpan bagi naik atas tu. Kohkohkoh!
Jadi, itu la testimoni yang aku cakap tadi. Em, tak begerak pi mana dah aih... Duk diam disitu menyedari akan kesilapan lalu. Tapi, kadang-kadang tak kena tikus. Cicak yang penuh kat gam tu. Haih laa... Baca la dulu sebelum nak lintas. Haa, lepas dah kena tu, lipat pi buang la. Jangan tunggu ada ulat baru gedik-gedik nak buang.

Kesimpulan yang bersimpul, kepada sesiapa yang ada masalah cikTi mohon try la. Tak salah, kurang modal. Penyelesaian yg kurang belanja. Gituu. Tapi kalau tikus sebesar kucing, mohon tanam diri anda. TQ