Assalamualaikum..
So, yeah.. Again, again, and again. Setiap tahun, pasti ada satu tarikh yang setiap orang nantikan. Setahunnnn hanya sekali~ meraikan hari yang bahagia ini. Huhuhuhu.. Selalunya orang tunggu tarikh birthday la. Sebab?
1. CALL & SMS FREE (Antara sebab paling tinggi rating ni!)
- Yang ni paling lejen dari zaman sekolah. Maxis selalu dapat call free saja. Tapi kalau Celcom Xpax plan sebelum ni lagi laaa... SOX @ UOX.. Dapat call free, mesej pun free jugak. Eh, bukan sehari gais... Semingguuuu.... Plan lain atau telco lain taktau pulak. Tapi tu la, bukan nak guna sangat. La ni zaman duk kalut wasap, tengok drama TV3, instagram, dakwicet. Hmm, taktau la. Banyak sangat.. Tapi kan, zaman sekarang ni aku rasa depa dah patut tukar ke bonus internet unlimited free untuk seminggu. WOAHH!!!
2. Nak tengok siapa ucap paling awal/siapa ingat tarikh
- Lena dah sebenarnya. Tapi dia gigih kunci jam sebab nak bangun pukul 12AM @ 0000 nak tengok berapa mesej orang ucap, nak tengok ayat sapa paling menyentuh sanubari, nak tengok sapa yang lupa. Ha, yang ni yang boleh bawak bencana alam. Buat pulak kekasih hati lupa nak wish. Kahkah, sadis.. Kena bagi hadiah paling mahai la jawabnya. Tapi la ni bukan nak hadiah sangat, boleh pi sambut sama-sama kat Resepi Rahsia ka, kat Kayu Hitam ka, Ayam Goreng Kentaki ka, Pondok Pizza ka. Alaaa, banyak sangat ni. Tak tercapai otak nak memikiauu. Lepastu, pi shopping perabih duit orang pun seronok dah. Takpa, hadiah tak bagi pun takpa. Huhuhu~
3. Dapat hadiah ke tidokk?
- Hahaha, tua dah aih nak hadiah apa tah. Macam aku kata tadi la, bawak pi makan, shopping, jalan-jalan pusing depan rumah pun seronok dah. By the way, jangan baling tepung Kunci Biru boleh? Aku ingat lagi. Ya allah, apa punya perangai la duk buat Adibah macam ni. Emm, Adibah is tertipu dengan mereka tersebut.
4. Nak meraikan bersama
- Ada orang kumpul duit sebab nak sambut birthday dia sama-sama family/kawan/sapa-sapa aja la. Sebab tu dia teruja tunggu hari bersejarah dia. Tak sabar betui dia nak belanja, buat kenduri. Dia tak minta sms/call free tu semua. Sebab dia nak ada yang sama-sama dengan dia meraikan hari dia. Dia takmau jadi forever alone. Walaupun dia terpaksa mengupah orang. Kahkahkah!
5. Nak isi borang BR1M
- Kahkahkah! Yang ni bukan tunggu birthday sangat, dia tunggu 1 Januari tahun yang cukup umur boleh dapat BR1M (21 tahun) terus dia isi dengan jayanya. Please, jangan nafikan sangattttlahh! Zaman GST, 1MDB, syarikat air menipu, TNB naik harga ni kalau orang nak bagi duit tapi takmau ni saja buat kaya. Ramai lagi yang nak tapi tak dapat. Cuba bercukur bersyukur sama. Rezeki Allah tu, bukan dari kerajaan. Dari tuhan, keraluku kerajaan cuma sampaikan saja.
Cukup la 5 sebab.. Otak aku karat, tak larat nak prosess dah sebab yang lain. Aku harap penulisan ini tidak mendapat sebarang kecaman. Adibah is tak kuad awaa.....
Dan jutaan terima kasih kepada yang sudi mengingati tarikh kelahiran saya dengan memberi ucapan seperti kata-kata manis yang sedap dibaca. TERIMA KASIH!
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK
-SEMUA-
(1 Januari - 31 Disember)
No comments:
Post a Comment