Tuesday, December 27, 2016

JJCM@AdibahSalleh - Warong Hijrah

Assalamualaikum..

Sebulan aku menyepi.. Kini aku kembali! Dengan tajuk yang ditunggu.

Tunggu ka tidokkk?

Lantokk laa. Aku tetap nak buboh jugak yang ni! Sebab? Sebab aku suka Green/Red Tea Special dia. Hang apa tau..... Lagi pun aku kena la tukaq mood ke kedai lain jugak. Takkan chicken chop ja, kan? Tapi, green tea, wajib. Huhuhu.. Aku rasa banyak yang dah pernah dengar, dan pernah pi kedai ni. Area Ayer Hitam ja wei! Kecik molek, sesuai dengan nama. Tiap kali aku pi, full house. Geram sungguh aih.. Masa bila ja yang lengang sikit? Masa nak bukak dengan tutup ka? Huhuhu. Tapi yang kata Dibah ni dia gigih jugak kalau nak makan. Tunggu sampai dapat.. Kah! Kedai ni betul-betul depan Pasaraya Kawang. Dari Alor Setar dia sebelah kanan, dari Perlis kedai ni sebelah kiri. Kalau mai dari Alor Setar, lepas lampu isyarat simpang nak ke TUNJANG (bukan Kuala Tunjang) tu, slow sikit. Kot terlepas. Hahaha.. Sama la kalau hang mai dari Perlis ikut Jalan Putra nak pi Alor Setar, mokalau nampak ja AYER HITAM, lepastu ada pam minyak PETRONAS-BHP, baik hang slow. Terlepas satgi jenuh pusing balik. Jalan busy. Kereta meneghu negha.. Huhuhu..

Warong Hijrah. View dari arah ALOR SETAR-KANGAR.

JJCM@AdibahSalleh - Warong Hijrah

Waktu operasi :  10:00AM-8:00PM [Rujuk FB kalau nak tahu kedai buka atau tak. Depa selalu update. Yang jauh boleh tengok@tanya kat fb. Kalau dak, mai jauh depa tutup pulak.]

Facebook Page : Warong Hijrah

Menu dipesan : Makanan - Mee Goreng, Nasi Ayam, Bihun Sup 
                         Minuman - Cendol, Green Tea, Red Tea, Milo Ais

Mee Goreng 8**

Yup, serius aku bagi 8 bintang ni. Sedap.. Macam mana nak cakap eh.. Mee gorang dia yang tak berminyak sangat. Dia macam...... Macam..... Sedap la. Nak kata macam ala mee mamak, dakk. Mee mamak macam kering sikit, yang ni macam mee basah.. Lpastu dia tak pedas sangat. Pedas tu ada la.. Eh, taktauu la nak bagitau lagumana. Yang penting SEDAP. Ini bagi selera aku la.. Selera hampa, kena cuba sendiri la.. Dengan harga RM4 ni, kalau hang makan kat kedai dia. Kenyang tersandaq haa.. Emm, tengok gambar pun menyelerakan, kann? Yang ni tapau punya..



Nasi Ayam 8**

Ya, aku bagi lapannnn jugak. Sebab? Sebab nasi dia.. Kahkah.. Nasi dia tak la kurang air, tak la telajak air, dia macammm.. Macam... Just perfect.. Hahaha.. Betui ni, kalau tak percaya hiangg buleh pi try.. Kot tak cukup satu pinggan ja nanti.. Huhu.. Jangan lupa baca doa makan dulu. satgi kot gelojoh sampai tak hengat dunia.. Harga RM4.50.. Emmm, standard harga nasi ayam la.. La ni pun ada ja nasi ayam sampai RM12.. Mungkin dia guna ayam yang dijampi dengan air penerang hati barang kali. Tapi takpa la, masing-masing punya rezeki la kann.. Nasi ayam ni dihidangkan dengan kuah sup killer yang femes bukan main depa kata.. Sup thai, resepi warisan keluarga mereka. Gituuu..



Bihun Sup Thai 8**

Disebabkan dia menu femes, aku takmau hampakan hang untuk pi mencuba keenakkan rasa yang dimasak dengan nilai kasih sayang, tidak mudah putus asa semasa menyediakan bahan, dicampur sekali dengan kesabaran memasak seperiuk besar kuah sup tu. Huhuhu.. Sebab apa aku bagi 8 bintang? Sebab kuah dia yang boleh tahan sedap.. Ini ikut selera masing-masing. Ada orang tak suka sup macam ni, ada yang kata tempat lain lagi superb, ada banyak kata-kata lagi.. Ya, itu semua pendapat ya anak-anak. Jadi, jangan menilai berdasarkan kata-kata, cuba dulu. Baru nilai. Tak suka, takpa. Suka, pi lagi makan. Support sesama bangsa.. Jangan menjatuhkan bangsa sendiri.. Pesanan ringkas sambil cerita sup thai yang umph! ni.. Kahkahkah.. Takmau cakap banyak, nak try. Boleh pi Warong Hijrah.. Semangkuk hanya RM3.50 .. Ya, tiga ringgit lima kupang.



Cendoi pink meriah bak suasana hari raya 8**

Emm, dengar nama pun sesuatu kan.. Bagi aku yang bukan penggemar cendol ni, rasa dia buat aku suka dengan cendoiii ni.. Sebab? Sebab memang rasa cendoi 100% .. Punya la banyak cendoi dia bubuh dalam mangkuk tu.. Sampai aku cari ais ketui pun tak jumpa.. Tenggelam sekali dengan yang lain dalam bekas tu.. Harga?? RM2.50 ja weii.. Mana nak cari murah-murah macam ni... Cendoi ni guna ais ketui.. Ada yang suka ais sagat. Alaaa, macam ais kacang punya ais tu.. Tapi, mana-mana pun boleh saja untuk Adibah.


Kuning tu jagung, bukan durian. Satgi mengamok pulak tadak durian. Hmmm..

Green tea 9**

Aku menaip sambil terliur tengok gambar cendoi tu.. Kahkah.. Okay dah. Green tea dia memang.. Memang sangat laa menjadi kegemaran Adibah nan seketul. Hmm, kalau yang special lagi laa.. Ada krim, syrup cokelat ka, keremel kaa, ada kacangg lagi.. Pernah aku pi kat satu tempat, Aku mintak yang special, dia bubuh krim ja. Sedih aku, dah la kena tambah seringgit. Tapi kat sini pun kena tambah seringgit pun takpa, dia punya tambah tu macam okay lagi laa kan.. Harapnya lepas aku tulis ni, aku dapat lagi banyak taburan kacang. Huhuhuhu. Mari bermimpi~ Btw, visual gambar ni agak tak cantik. Sebab kalut amik gambar sebelum aku minum. Sebab hirup tak sedar dah abis. Hmmm.. RM4 untuk yang biasyee biasyee.. RM5 untuk yang spesel sikit.. Nak yang RM6 pun ada, yang tu keturunan vanila. Huhuhu



Red tea 8.5** 

Atau nama lain dia yang kami adik beradik panggil.. Teh inaiiii~ Terasa inai merahnya.. Kahkahkah.. Harga sama seperti teh hijau.. Boleh cuba kepada yang inginkan keenakkan RED dia tuu.. Aku selitkan sekali dengan air strawberi punya.. Yang takmau teh, kopicino, mocha apa benda semua tu buleh la order yang strawberi ni.. Harga sama, RM4.. Upgrade sikit RM5.. Okay anak-anak?...

Red tea

Strawberi

Minuman panas/sejuk yang lain pun ada jugak. Harga pun ada lagi yang kupang sahaja. lapang kupang, nam kupang. Alahhh, sorry la gambo side gituu.. Aku duk tepi haaa, nak amik tengah laman segan sangat. Pakcik-pakcik kiri kanan depan belakang haa....






Kebersihan tiptop. Jangan risau.. Kalau meja kotor sikit-sikit tu, panggil ja staf depa suruh lap. Apa ada hal... Tapi perlu diingat, kedai dia kecik molek. Jadi tempat memang terhad. Jangan marah tadak tempat, kalau boleh sabar tu tunggu la sat.. Makanan lambat pun sabar la, depa tengah buat la tuu.. Kedai ni memang tempat pakcik-pakcik mai menyembang sebab dia port santai.. Bertabahlah.. Huhuhu.. Senang cerita, tapau makan kat rumah saja.

Selamat menjamu selera!

No comments:

Post a Comment