Thursday, November 27, 2014

TIPS : NAK JADI BLOGGER ? - BASIC

Assalamualaikum..

Untuk menjadikan anda seorang blogger, 10 perkara asas yang patut dan wajib anda buat ataupun tahu ialah (pendapat aku) :

1. Semestinya anda kena ada email untuk buat blog ! 

2. Cipta nama blog yang ringkas dan mudah untuk pembaca ingat URL anda

3. Timbulkan idea untuk menghias blog anda dengan ciri-ciri yang simple tapi menarik !

4. Jangan terlalu banyak aksesori (gadget) hingga 30 minit baru boleh baca post anda ! Aku faham sifat keterujaan semasa first time ada blog. Cuma, nanti pembaca akan fedup bila loading terlalu lama.

5. Jauhi sikap penulisan "alien". Kalau anda mampu, guna bahasa yang mudah difahami atau tulis sahaja penuh untuk setiap perkataan. Ruang besar. Jangan risau. 

6. Elakkan menukar URL sebulan 4x atau lebih. 

7. Tajuk setiap entri anda perlu menarik malahan penulisan anda perlu lebih vogue gitew

8. Jangan copy paste hak orang ! Tolong letak nama dia/link blog kalau nak buat rujukan. Please?..

9. Jangan segan untuk melawat blog yang lain. 

10. Disarankan agar anda menjadi seorang blogger yang berfikiran terbuka apabila menerima teguran.

11. Elakkan menjadi seorang pemalas update blog sebab sekarang dah banyak sangat blog "kosong" tumbuh selepas hujan teknologi. 


Okay.. Dah cukup 10+1 tips asas nak jadi blogger.. Semoga anda menjadi blogger yang hebat mengalahkan aku T_T 



Tuesday, November 25, 2014

Celcom Oh Celcom

Assalamualaikum...

Sapa pengguna Celcom? Ya, aku tau.. Dah.. Dah.. Aku pun tengah marah.. Benda macam ni hanya menguntungkan sebelah pihak.. Semakin lama aku duk tengok Celcom ni makin mengarot.. Sapa ingat dulu time sekolah dapat simkad free (UOX/SOX).. Time tu, memang ramai la berebut nak ambik sebab free.. Sampai sanggup la guna ic kawan-kawan.. Sanggup tolak hang aku sebab nak ambik simkad tu.. Ya, aku tak nafikan.. Time tu memang berbaloi.. Bayangkan nombot yang diaktif kalau 2x mesej baru caj 1 sen.. Sapa takmau?? Tapi aku tak pi berebut.. Sebab aku malas nak berasak dengan senior.. Aku pun ada jugak Celcom SOX ni. Mana mungkin aku tolak rejeki.. Tapi aku dapat dari "suatu" tempat la.. Dan, mungkin Celcom dah sedar akan kesilapan lalu dan mulakan "transformasi" dengan menyedut segala isi kredit pengguna sampai licin.. Sungguh aku tak tipu.. 

Sebelum ni, simkad aku (Celcom yang " baik ") memang jadi pilihan utama nak guna mesej, call, dan sebagainya.. Tapi, bila start simkad ni buat perangai.... Aku dah malas dah nak topup.. Mengarot..

1. Dulu :: 2x mesej caj 1 sen
   Sekarang :: 1x mesej 2 sen

2. Tiba-tiba kredit akan hilang RM 1 .. Sekali takpa.. Tapi aku rasa kredit aku dah berpuluh hilang disebabkan mesej "CELCOM MMS" yang tak ada apa pun isi mesejnya..

3. Call Celcom Service, staff bagi cara nak stop dari kredit terus diambil.. Dah buat dan dah buattttt lagi.. Tapi, esok atau mungkin hari akan datang, kredit aku tetap hilang.. What the ??? Bukan sekali aku call 1111 tu.. Ingat aku rajin ka nak ulang Nama, Alamat, IC.. -Dear Celcom, I malas tau?-

4. Caj call memang naik la.. Rasanya untuk semua plan Celcom.. Sungguh.. 

5. Sampai sekarang ni aku pelik sebab Celcom New UOX yang aku guna tiba-tiba ditukar ke XPAX24.. Ok la, New UOX dimansuhkan.. Then, why?? Aku nak tau..

6. Yang ni paling tak tahan.. Bukan aku saja.. Ramai lagi yang tak tahan.. Termasuklah family aku.. Sungguh aku tak tahan dengan PLAN INTERNET baru yang Celcom buat.. Ya rabbi.. Dulu.. Dulu la kan, abih kouta pun boleh ja surf lagi.. Tapi lambat.. Biasa la tu.. Sekarang??? Abih kouta pun boleh ja surf.. Tapi....... Jangan bersedih kalau kredit ada RM 50 boleh tinggai 50 sen.. Jangan sedih....... Celcom tengah kumpul duit nak bagi simkad "free" lagi.. Ya, dah.. Dah.. Takmau sedih..

Sekarang aku tengah konfius .. Telco mana yang patut aku guna..

Celcom :: Seperti yang diatas 
          Line A+
          Call free (birthday) seminggu.

Maxis :: Cepat sungguh tarikh luputnya.
         Line A
         Mesej/call caj standard.
         Call free satu hari 

DiGi :: Aku pengguna DiGi Easy tapi jarang guna.. Faham?
       Line? C - E
       
U-Mobile :: Aku tak guna T      T

Sekarang ni dah makin banyak dah telco baru yang ada.. Sampai kita tertipu dengan plan yang depa bagi.. Padahal, coverage pun payah dapat.. 

::: Sudah la.. Mari kita berutus surat.. Kembalikan zaman PosMalaysia.. HAHAHA!

Sunday, November 16, 2014

POPular

Assalamualaikum...

Sapa tak kenai kedai buku POPULAR kan? Boleh dikatakan semua tau kedai buku ni.. Tak dapat dinafikan POPULAR memang famous dengan banyaknya buku dari A-Z.. Nak jenis apa, cakap saja.. InsyaAllah ada.. 

Aku suka pi kedai POPULAR ni sebab dia banyakkkkk sangat buku komik/majalah dan bahan bacaan yang menepati cita rasa aku sebagai pembaca.. Aku kalau dah masuk kedai tu, tempat pertama dituju.......... KOMIK
Apa? Salah? Dak kan?.... Mungkin boleh tengok kat post sebelum ni.. Nampak apa yang aku beli? Aku memang tak boleh tahan diri daripada membeli komik.. Simpati atas masalah diri ini.. Lagi satu yang aku suka, banyak betuiii alat tulis diaa.. Pinauu mata aku.. Walaupun aku tak guna sangat.. Tapi aku jenih takleh tengok barang comei sangat. Nak beli ja kejanya..

Tapi, setiap apa yang ada kat muka bumi ni pasti punya kelemahan.. YA! POPULAR pun sama.. Bukan pasal tak cukup stok buku/pensil atau peralatan yang dijual.. Tapi aku kurang puas hati dua benda ja pasai POPULAR ni..

1. Segelintir pekerja yang belagak/sombong/muka nak telan orang

Serious.. Aku kalau nak pi POPULAR ni, tak lain aku pikir pasai pekerja depa.. Time nak pilih barang tu semangat waja membakar di jiwa.. Tapi bila nak pi bayaq tuu.. Perut mula memulas.. Dia mula la nak jadi.. Selalunya yang wanita la.. Yang rasa dia dah hebat nak buat muka palat kelat dia kat aku.. Ingat aku nak sangat tengok ka?? Segak memang segak.. Kalau hang mesra pelanggan sikit, aku bagi A dah.. Tapi hang duk tunjuk muka macam tu, aku gagah bagi E walaupun hang cantik.. Aku marah ni.. Tapi aku tak salahkan POPULAR sangat sebab dapat pekerja macam tu.. Itu bergantung pada diri dia.. Sejak azali memang macam tu.. Apa boleh buat.. Aku kata macamtu sebab ada pekerja kat kedai buku lagi satu.. Ya rabbi.. Suka betoii berurusan dengan dia.. Maneh dengan senyuman.. Cakap pun lembut.. Siap terang kat kita elok-elok diskaun yang depa bagi.. Aku rasa ada yang dah boleh tau kot.. HEHE

2. Kad ahli yang menyakitkan hati 

Sangat sakit hati bila bayar untuk kad tahunan tapi tak dapat sampai sekarang.. Taktau alamat? Atau tak pos? Takboleh call untuk kepastian alamat kalau tak faham apa yang ditulis? Atau kena pi tuntut?? Atau aku yang ketinggalan zaman? Aku bukan nak kisah pasai harga yang kena bayaq tu.. Tapi, fokus la sikit.. Bertanggungjawab la sikit.. Mesra pelanggan la sikit.. Semua pun sikit-sikitt.. Hehehe..

Kad POPULAR perlu diperbaharui bila dah tamat tempoh.. 

Kita akan dapat kad sementara sebelum dapat kad baru bila kita dah buat POPULAR CARD.

Mungkin ada yang tau, ada yang taktau kewujudan Pustaka Union.. Jangan tengok nama tak famous.. Tapi tengok kelebihan yang kita dapat.. Bila nak daftar buat kad ni.. Hanya RM 5/SEUMUR HIDUP.. Book store dia tak banyak macam POPULAR tapi boleh bagi potongan harga sangat banyak untuk pelbagai jenis buku.. Ya, sungguh jimat kalau berbelanja kat sini.. Aku sungguh sukaa yang murah-murah ni.. HAHAHA!

Pada rasional aku, POPULAR kena buat macam ni jugak.. Untung banyak kot. Store depa bukan 10 kat Malaysia ni. Banyakkk !! So, nak untung melalui kad pulak?? Ok la, strategi marketing tu kena ada kann.. Ikut anda laa macam mana pun.. Mahai ka murah ka, POPULAR tetap menjadi pilihan pengguna.. Tapi, aku nak pekerja yang macam kakak cashier Pustaka Union City Plaza pleaseee.. HAHAHA! 

Saya sayang MALAYSIA..

p/s : Ada book store dekat KEDAH yang dimiliki orang MELAYU.. HASANI
     nama kedai tu.. Ada kat Jitra, Alor Setar, Kulim, Sungai Petani.. Itu
     ja yang aku tau.. Kalau ada lagi, tolong share.. Sebab bukan ahli pun
     dapat diskaun okayyy.. Pasti berbaloi.. Sokong orang MELAYU .. 

Saturday, November 15, 2014

Penghantaran Barang

Assalamualaikum...

Ok, harini aku rasa nak cerita/kongsi pasal hantar barang.. Maksudnya yang seperti GDex, PosLaju, SkyNet, CityLink, NationWide, TNT, dannn banyak lagi rasanya.. 

Sejak dok pandai beli online ni, aku lebih suka berurusan dengan PosLaju.. Sebab dia memang dah tau rumah aku.. Takpayah call aku nak tanya peta rumah aku yang tepat.. Aku ni jenis malas nak pickup call.. Sapa yang aku tak kenai call, aku balas " ? " Dan lagi satu sebab aku senang berurusan dengan PosLaju ni, dia tak banyak songeh.. HAHA! Maksud aku, bila ada orang baru nak hantar barang aku, dia taktau jalan. Lepastu call aku tapi tak dijawab.. Esok harinya dia akan call dan hantar jugak.. So, bagi aku depa ni macam bertanggungjawablah untuk sampaikan barang tu.. Tempat lain aku taktau la.. Tapi kat tempat aku, khidmat PosLaju memang A+++ laa.. 

Aku bukannya nak cakap yang lain tak bagus. Sebab aku pernah juga berurusan dengan GDex, CityLink, Airpak, NationWide, TNT pun ada rasanya.. Tapi PosLaju tetap memudahkan akuu. Mungkin sebab dah selalu guna PosLaju kott..

Ini pandangan aku untuk perkhidmatan hantar barang kat tempat aku :



PosLaju : Awesome! A+++.. Memang cepat.. Dan delivery ikut jadual.. Takda tersangkut-sangkut penghantaran.. Tak perlu nak call depa nak tanya pasai barang kita.. Barang akan sampai dalam masa 3 hari atau 4 hari (kalau ada cuti umum).. Paling cepat, harini pos, esok dah sampai.. Alhamdulillah..


GDex : Memang terbaik.. Barang sampai ikut jadual penghantaran.. A aku boleh bagi.. Baru 2x guna GDex, so abe posmen tak dan nak cam rumah aku.. So, kena call la.. Takpa, aku tak marah punyaa. Janji barang sampai.. Untuk 2x tu, takda barang aku yang tersangkut berhari-hari kat pejabat depa.. Semua sampai tepat.. Alhamdulillah..


CityLink : Seingat aku, baru 2x jugak.. Gred yang sama GDex aku boleh bagi.. Jarang hantar barang, so memang kena call la kan.. Sokay.. Janji barang sampai .. Sangat cepat .. Siap hantar dengan moto lagi.. Mungkin untuk dokumen.. CityLink bagus ! Alhamdulillah..


NationWide : First time dengaq.. Hahaha.. Kesian betui kat aku.. Selama aku hidup, aku cuma tau PosLaju ja.. Kemudian mula kenai CityLink, GDex.. Tiba-tiba NationWide.. Apakah??? Hahaha! Mungkin tempat aku jenama ni jarang masuk.. So, aku memang ada masalah sikitttt ja.. Kat tempat lain okayy rasanya..? Em, Barang aku tesangkut.. Bukan sebab apa, sepatutnya dah delivery. Tapi, barang still kat pejabat depa.. Dalam 5 hari jugakla rasanya barang aku tak sampai.. Sebab aku dah terbiasa 2-3 hari barang aku sampai, tapi bila masuk 5 hari ni dia jadi lain macam.. So, aku pulak kena call pejabat tanya barang aku.. Esoknya, depa terus hantaq.. Kalau aku tak call?? Btw, alhamdulillah..


Airpak : Yang ni pun aku first time dengaq.. Airpak?? Wujud ka?? Terok sungguh pengetahuanku.. Mungkin Airpak di kawasan lain sangat laju penghantarannya. Tapi, aku bagi aku.. Itu mungkin yang pertama dan yang terakhir kottt.. Hahaha! Kes sama jugak dengan NationWide.. Tapi ada sikit kelainan.. Mula, aku tak pickup call pejabat Airpak.. 2x misscall.. Aku call balik dan ada kakak tu jawab dia kata mungkin driver yg nak hantar barang tu call. Aku pun, okay la.. So, aku dengan harapan depa akan call balik bila dah sampai area rumah aku nak tanya lokasi (sebab selalunya PosLaju buat macam tu. Jadi dah terbiasa).. Sebab aku dah check status memang dalam prosess penghantaran la.. Tunggu punya tunggu takdak apa punn.. Tunggu untuk keesokkan pulak.. Pun takdak.. 3 hari status dalam tu dok tunjuk yang sama.. Jauh sangatttt ka rumah aku dengan Alor Setar.. Lepas tu aku call, dia pun dah check dengan posmen tu. So, barang aku telah dihantar haritu jugak.. Alhamdulillah.. 

Tapi, aku puji kakak-kakak yang pickup call aku tu.. Takda la menyombong/marah sangat.. Nice dan baik saja layanan nya.. Aku yang stress barang tak sampai pun boleh lembut hati sikit.. Kalau tidak memang nak tarik dia keluaq dari talipon tu. HAHAHA! Apa-apa pun.. PosLaju pilihan utama ! Walaupun ada yang komplain depa hon-hon depan pintu, tak turun dari van nak amik sain/ic.. Bagi aku, takdak hal punyaa. Janji barang aku sampaii dengan selamat.. Itu lagi penting dari hon tu.. Kalau tak hon, kita tak dengaq. Dapat surat, marah pulak kena pi amik kat pejabat depa.. HAHAHA! Alhamdulillah aku tak pernah pi lagi pejabat depa dan takmau pun pii.. Aku dah bayaq kos penghantaran.. HEHE

Courier lain yang aku tahu :





 





Thursday, November 13, 2014

Sekolah

Assalamualaikum..

Aku dapat rasa jari jemari ni nak lagi taip. So, ni post aku yang kedua untuk harini.. Untuk sapa yang dah muak baca. Sila tutup.. Aku sebagai owner tak memaksa mana-mana individu untuk membaca.. Kalau rela, silalah.. Kalau terpaksa, tutuplah.. 

**************************************************

Aku mula secara rasmi bersekolah pada tahun 2000.. PraSekolah Sekolah Kebangsaan Matang Paku.. Kemudian aku terus melanjutkan pengajian ke peringkat Darjah 1 hingga Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Matang Paku.. I love SKMP so much.. Banyak.. Banyak sangat memori suka, duka, bengong, bangang, bodo, lawak, boih (nakal) kat situ. BANYAK.... Mungkin sebab sekolah aku tak ramai.. Pelajar dalam seratus lebih sahaja. Ya, hanya 100+++ saja.. Sebab tu kami boleh kenal dari student Darjah 1 sampai 6.. Siap boleh tau duduk mana. Ayah/mak dia yang mana.. Penyebok kan? Hahaha.. Dan mungkin masa sekolah rendah, bila dah masuk Darjah 6. Kami rasa dah besar dan boleh jadi kepala untuk adik-adik bawah kami tunduk hormat sebab tu banyak memori tuu.. Yalah, bila masuk sekolah menengah.. Banyak sangat keganasan kiri dan kanan. Tak kira lagi geng yang jenis tunggu tepi koridor duk pewit-pewit kawan aku.. Sampai nak pi tandas pun rasa diperhatikan.. Susah la bekawan dengan orang cantik/lawa.. Haihh..

Bila masuk sekolah menengah.. Aku pilih Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam.. Walau ada cikgu sekolah rendah aku kata takpayah lah.. Macam-macam kes lah.. Tapi aku nak jugakk.. Mungkin sebab dekat.. Mungkin sebab senang abah aku nak hantar aku.. Mungkin sebab kak aku pun ada di situ. Aku pun confius lagi kenapa.. Dan bila dah masuk.. Yeah.. Minggu orentasi.. Aku macam kena kejutan budaya. Dah terbiasa dengan keadaan sekeliling yang sederhana.. Tak ramai student.. Tapi bila masuk menengah.. Ya rabbi.. Rasa..... Teruja sedikit, takut banyak..
Teruja : -Sebab bau beg/baju/pensil case/kasut masihh baru.
         -Sebab nak mula belajar dengan suasana baru.
         -Sebab koperasi dia lagi banyak barang. HAHAHA!
         -Sebab Form1 sesi petang. Boleh bangun lambat.
Takut :  -Cikgu marah. Muka garang semuanya..
         -Senior jenis tengok macam nak telan.
         -Kena hadap kawan-kawan yang jenis mengata belakang.. 
         -Aku bukan jenis begaya. Selekeh. Itu aku. Nanti takdak sapa nak 
          kawan..
         -Kena tegur kawan-kawan baru. (Sejujurnya aku tak pandai
          memulakan perbualan dalam suasana baru)
         -Kena berasak-asak masa rehat kat kantin. Senior akan mai potong
          line sebab depa rasa berkuasa waktu tu.  (Sungguh aku tak suka)
         -Sebab ada sekelompok yang suka dok sakat menyakat. Tah hape
          laa perangainyee punn
         -Berpisah dengan kawan sekolah rendah. Sedih sungguh. 

Banyakkk lagii ketakutan yang aku alami. HAHAHA ! Tapi, bila dah masuk Tingkatan 6.. Aku dapat rasakan dunia Tingkatan 6 sangat asing dengan Tingkatan 1-5 walaupun dalam satu institusi.. Kami ada bangunan sendiri.. Toilet sendiri.. Ya, toilet sendiri memang penting sebab insya allah tak ada kes letak pad bulanan atas flush tanpa basuh.. Kurang kes takda air.. Toilet pun tak berkunci.. Masa Tingkatan 4/5, aku ingat lagi bila nak guna jamban, kena kawad satu sekolah cari cikgu untuk mintak kunci.. Penat tu tak payah cerita.. Boleh hilang rasa nak membuang.. Semua ni sebab kes toilet selalu kotor, paip rosak, pad tinggai sesuka hati..

Bila masuk Tingkatan 6, rasa selesa sikit la kot sebab student tak beribu.. Hanya satu blok bangunan saja.. Boleh kenai la kawan-kawan satu tingkatan. Boleh hai sana sini.. Boleh share/study sesama.. Sangat okay la.. Yang tak kenai boleh kenai.. Yang dulu kelas sebelah menyebelah langsung tak tegur, time Tingkatan 6 dah boleh tengok cerita Korea sekali. HAHAHA! Yaaa!! Izzati, awaklahh tuu.. Bila Tingkatan 6 ni, rasa kekeluargaan tu kuat sikit.. Sungguh aku rindu tempat duduk aku dalam kelas.. Rindu nak baca 200x time Sejarah.. Rindu nak kacau jiran belakang aku. Rindu nak tengok geng main bingo.. Rindu Kiera yang serious buat kerja.. Rindu Mimi dengan semangat wajanya. Rindu panie dengan loghat "adibiaq" nya. Hahaha!  I miss you all. Ok, aku tak rindu Mazni dengan Mida.. Kahkahkah ! Muah cikedd.